Rabu, 4 November 2015

SIHIR DAN SAKA..ADA JALAN PENYELESAIANNYA.

Sabun Mandian Bidara.

Adakah anda dan keluarga terkena sihir dan saka?. Jika ya jom guna sabun mandian Bidara sebagai usaha dan ikhtiar kita.
SABUN DAUN BIDARA

IKHTIAR menyelesaikan masalah dibelenggu gangguan Jin,Sihir,Saka dan Masalah Penyakit Kulit akibat pelbagai gangguan.

- Diperbuat daripada Daun Bidara TULEN
- Daun Bidara kami diimport secara terus dari Arab Saudi
- Telah dibacakan ayat-ayat Ruqyah sebanyak 2 kali oleh:
☑ Sheikh Khalid Al Abdullah yang merupakan tokoh ulama setempat
☑ Sheikh Abdul Rahman Mohamed seorang tokoh ulama yang merupakan pengasas produk ini sendiri.


- Sabun ini dalam bentuk cecair krim yang melembutkan kulit kerana telah dicampur bahan pelembut alami (Sesuai digunakan untuk kulit bayi & Ibu Mengandung )
- Sabun berbau Wangi kerana dturut dicampur pewangi Pati Bunga yang menghasilkan bau Wangi lagi menyegarkan
- Sangat Berkhasiat sebagai Pengawet kulit dan Anti
- Penuaan
- Membantu melindungi kulit dari pelbagai Masalah Radikal Bebas
- Membantu Memulih & Mengatasi Simptom Lemah Semangat & Jantung Berdebar-debar
- Mempunyai KELULUSAN KKM & HSA Singapura
- Ketahanan penggunaan utk 1 botol sabun Lebih kurang 2 - 3 minggu ( bergantung kepada cara penggunaan)
- Sabun boleh dikongsi pakai bersama-sama seisi keluarga
- Boleh digunakan oleh wanita yang sedang dalam Hadas
- Boleh digunakan sebagai sabun mandian untuk bayi & kanak-kanak
- Boleh dibawa masuk ke dalam tandas
- Boleh dibancuhkan dengan air dan dimasukkan ke dalam botol untuk Semburan
- Boleh juga digunakan oleh Non- Muslim

SIAPA yang perlu untuk GUNAKAN Sabun Daun Bidara ini?
* Mereka yang tidak dapat bersatu antara suami isteri
* Suami isteri sering bergaduh tanpa sebab
* Bantu meredakan HISTERIA
* Kepala, Tengkuk dan Bahu terasa berat
* Sakit kepala Yang berpanjangan
* Susah Tidur Malam
* Rasa Malas untuk berbuat ibadah
* Sering rasa letih dan tidak bermaya
* Sering nampak kelibat
* Sering Merasa Resah dan Takut tanpa sebab
* Selalu merasa diri diperhatikan
* Badan sering terasa panas
* Kerap Mimpi buruk , dikejar binatang berbisa dan jatuh dari tempat yg sangat tinggi
* Berat mendapat jodoh
* Anak Kecil sering menangis malam
* Dan Pelbagai Ganguan yang berkaitan Sabun Daun Bidara keluaran kami telah terbukti BANYAK membantu ramai pengguna yang menghadapi pelbagai masalah gangguan .
Call/whatsupp..0196424825 untuk dapatkan produk.

Khamis, 24 September 2015

MINA..TRAGEDI YANG MENYAYAT HATI

MINA..Tragedi yang menyayat hati sesiapa sahaja.Tidak ada siapa yang mahu jadi begini tapi inilah dinamakan ketentuan Ilahi.Suka atau tidak semua kena terima hakikat bahawa mereka sudah tiada lagi didunia yang fana ini.

Seluruh dunia bersedih menerima berita ini manakan tidak belum pun lupa kejadian kren runtuh datang lagi berita baru 310 orang meninggal di Mina.

Ujian apakah ini ya Allah..!


Moga semua ahli keluarga mereka tabah menerima berita ini.Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang telah Dia tentukan untuk setiap hambaNya.

Berbahagialah kamu di sana wahai saudaraku!
Moga syurga menjadi milik kamu semua dan juga kami nanti.

Rabu, 16 September 2015

DIA..INSAN TERPILIH.

Dia insan terpilih!
Dipilih oleh Allah untuk datang ketanah suci Makkah yang penuh barokah.Hanya yang terpilih sahaja yang akan datang sebagai tetamuNYA.

Nuroshaizan Zulkiffli(37tahun)seorang guru berasal Dari Tanah Merah Kelantan.Seorang isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata.Dari raut wajahnya ternyata dia seorang berperwatakan lemah lembut.

Pemergianya hanya diiringi sanak saudara yang tidak ada siapa pun menjangkakan itulah saat pertemuan terakhir buat mereka semua,terutama suami dan anak-anak tercinta.

Kini satu dunia mengenali dan meratapi pemergian beratus-ratus orang jemaah haji yang telah dijemput pergi mengadap sang pencipta Allah azzawajalla.Ianya termasuklah Nuroshaizan yang kini dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia.

Kini bukan sahaja suami,anak-anak,kaum kelurga malah seluruh rakyat Malaysia sedih dengan pemergiannya namun tumpang rasa bangga kerana perginya ketika sedang beribadat kepada Allah.Bukan senang untuk menjadi insan yang terpilih.

Sesungguhnya setiap yang bernama wanita sudah pasti mendambakan hidup dan mati sepertinya.Namun adakah kita semua layak untuk mendapat tempat sepertinya?Hanya amalan dan rahmat dari Allah sahaja yang dapat menentukanya.

Solat tahajjud,solat dhuha dan sudah pasti yang wajib menjadi amalan harian dalam hidupnya.Taat pada Allah taat pada suami juga ibubapa sudah tentu menjadi amalanya.

Ayuh sang wanita jom sama-sama kita rebut peluang ini kerana kita masih lagi diberi ruang dan peluang oleh Allah.Tidak ada jalan mudah untuk mendapat yang terbaik.Istiqamah dalam beribadat satu perkara yang amat dituntut.

Ya Allah berilah aku peluang untuk mati dalam keadaan husnul khatimah dan dimasukan kedalam syurga firdausMu walaupun aku tahu memang aku tak layak menjadi penghuninya.Namun aku tetap yakin dengan rahmat dan hidayahMu,juga sifat Ar-rahman dan Ar-rahimMu.

Adakah keluarga anda memiliki saka..jom semak.

Adakah kelurga anda memiliki Saka???
Jom sama-sama kita semak!


SAKA dikaitkan dengan mewarisi jin yang membolehkan makhluk halus itu menjadikan pewarisnya dengan pelbagai kuasa ghaib seperti memiliki kecantikan, kekuatan luar biasa atau menjadi individu berpengaruh.
Hukum mewarisi dan menggunakan saka adalah haram di sisi Islam. Biasanya saka diwariskan kepada anak atau cucu kepada pemilik saka.
Saka adalah ilmu keturunan yang dipusakai ada hubung kaitnya dengan jin, sama ada dibela, dibuat sahabat secara sedar atau tidak oleh pemiliknya. Gejala saka amat berbahaya dan mampu merosakkan kehidupan seseorang. Maka, penting kita menyiasat diri dan keluarga daripada mewarisi saka.
Masyarakat Melayu memahami saka sebagai ilmu yang dipusakai daripada waris teratas kepada waris di bawahnya. Contohnya daripada ibu atau bapa kepada anak, daripada datuk atau nenek kepada salah seorang daripada cucunya, atau seseorang dalam lingkungan keluarga.
Kesan jangka panjang jika seorang yang mewarisi saka ialah mampu menjadikan seseorang itu mendapat sakit sehingga koma atau lumpuh.
Umumnya, kebanyakan orang yang memiliki saka berkebolehan merawat orang yang sakit disebabkan jin dan syaitan. Cara rawatannya dengan menurun menggunakan mantera atau jampi.
Bacaan dan amalan yang dilakukan itu amat meragukan serta sukar difahami. Ia bertentangan dengan syariat kerana mempunyai unsur syirik yang boleh merosakkan akidah.
Jika seseorang itu menyatakan hasratnya pada waris tertentu, seperti anaknya yang dia adalah orang yang paling sesuai atau ‘layak’ mewarisinya.
Penurunan ilmu saka boleh berlaku secara tidak langsung apabila waris menerima barang tertentu peninggalan si mati seperti barangan kemas, keris, lembing atau tombak.
Syaitan akan sentiasa memastikan setiap manusia atau orang yang mewarisinya sesat ketika sampai ajal mereka. Pada mulanya memang saka kelihatan seperti memberi pelbagai kelebihan kepada tuannya seperti melindungi diri, keluarga dan harta benda tetapi itu semua hanya tipu helah untuk menyesatkan manusia.
Pelbagai kesan buruk dan masalah akan timbul dalam jangka masa panjang di mana kemuncaknya menyebabkan manusia itu berdosa besar kerana mensyirikkan Allah SWT.
Antara kesan buruk memelihara saka ialah pemiliknya menghadapi seksaan yang amat perit ketika menghadapi saat kematian kerana roh mereka sukar untuk keluar daripada jasad menyebabkan mereka terseksa ketika menemui ajal.
Situasi lebih dahsyat berlaku apabila pemilik saka sudah meninggal dunia tetapi saka yang dimilikinya masih enggan meninggalkan tuannya.
Gangguan saka juga menyebabkan seseorang dilanda penyakit misteri. Justeru ahli keluarga atau sesiapa saja dilarang menerima warisan saka daripada pemilik asal.
Bagi mereka yang sudah menerima, berusahalah untuk memutuskan hubungan dengan makhluk terbabit dengan mendapatkan khidmat pengamal perubatan Islam yang menggunakan al-Quran dan sunnah sebagai kaedah rawatan.
Pengamal Perubatan, Pusat Rawatan Islam Sinar Zamdurrani, Sharhan Shafie, berkata saka adalah perjanjian yang dibuat antara nenek moyang dengan jin laknatullah untuk mendapat kehebatan, kekuatan, kecantikan, perlindungan tertentu melalui perjanjian tertentu dalam tempoh yang ditentukan (tujuh keturunan).
“Saka berada dalam tubuh badan manusia sejak sekian lama hingga menjadi sebati dengan manusia. Ia berlaku sama ada seorang itu mengetahuinya ataupun tidak.
“Jin berkenaan ditinggalkan nenek moyang pembawa saka apabila mereka meninggal dunia. Ketika hidupnya, mereka berkawan atau membela jin berkenaan yang dikenali dengan pelbagai nama dalam masyarakat kita seperti polong, pelesit, toyol dan sebagainya,” katanya.
Beliau berkata terdapat kronologi bagaimana jin saka berpindah selepas kematian tuan punya saka berkenaan.
“Selepas nenek moyang yang membela jin terbabit meninggal dunia, jasadnya mati selepas roh keluar dari badannya. Namun Begitu, jin yang berdamping dengan nenek moyang itu tidak mati kerana umur jin bukan seperti manusia.
“Apabila jasad perumah saka dikebumikan, jin akan bebas seperti keadaan layang-layang yang terputus talinya. Maka ia akan berkeliaran di atas muka bumi ini untuk mencari pewaris baru,” katanya.
Sharhan berkata kebiasaannya jin berpindah kepada anakcucu yang mengamalkan jampi tertentu yang diambil daripada si mati.
“Saka turut berpindah kepada waris seperti anak atau cucu yang menyimpan barang peninggalan si mati. Mereka berpotensi besar mewarisi saka disebabkan pernah tinggal serumah bersama si mati.
“Selain itu, golongan yang menjadi sasaran kepada saka adalah anak cucu yang cetek pengetahuan agamanya, sentiasa melakukan maksiat, meninggalkan ibadat seperti solat, mereka yang lemah fizikalnya serta memang terlalu menginginkan sangat kehebatan serta kelebihan nenek moyang mereka,” katanya.
Beliau berkata memang terdapat pertalian erat antara jin dan saka kerana jin yang diwariskan itu umpama harta peninggalan.
“Terdapat hadis daripada Abu Tha’labah berkata. Rasulullah bersabda yang bermaksud: “Jin itu mempunyai tiga jenis iaitu jenis yang mempunyai sayap dan berterbangan di udara, jenis yang berbentuk ular dan anjing dan jenis yang berpindah randah.
“Jenis jin ketiga itu dikelaskan jenis jin yang menjadi saka kerana mampu berpindah dari satu keturunan ke satu keturunan di bawahnya,” katanya.
Sharhan berkata mereka yang memiliki saka juga mempunyai kebolehan mengubati penyakit yang disebabkan oleh jin dan syaitan tetapi mereka menggunakan dengan cara meragukan.
“Kebanyakan mereka berubat dengan kaedah menurun. Pembawa saka mampu mengubat tetapi dengan menggunakan jampi yang mempunyai unsur syirik.
“Malah jampi yang digunakan langsung tidak difahami maknanya,” katanya.
Beliau berkata terdapat amalan yang mampu menghalang seseorang itu menjadi mangsa saka dengan berkat keizinan Allah SWT.
“Segala bentuk gangguan jin dapat dielakkan dengan syarat kita percaya dan benar-benar yakin Allah yang menyembuhkan.
“Antaranya boleh mengamalkan zikir, membaca surah Mulk sebelum tidur, berwuduk sebelum tidur atau ketika mengadakan hubungan kelamin dengan isteri, jadikan amalan membaca surah Yaasin setiap Subuh, membaca Basmalah sebagai wirid setiap kali melakukan pekerjaan dan perdengarkan bacaan ayat ruqyah di dalam rumah,” katanya.
Petanda seseorang mempunyai saka:
Gejala waktu tidur
  • Susah tidur malam.
  • Sering terjaga pada waktu malam dalam keadaan cemas dan takut.
  • Mimpi buruk yang dikenali sebagai kabus seperti mimpi melihat sesuatu yang mengancamnya kemudian menjerit meminta pertolongan tetapi tiada siapa mendengarnya.
  • Mimpi perkara menakutkan dan menyeramkan.
  • Mimpi melihat binatang seperti kucing, anjing, unta, ular, serigala, tikus.
  • Bunyi gigi berlaga ketika tidur.
  • Ketawa, menangis dan menjerit-jerit ketika tidur.
  • Berdiri dan berjalan ketika tidur.
  • Mimpi jatuh dari tempat tinggi.
  • Mimpi berada di kawasan kotor atau di tanah perkuburan.
  • Mimpi melihat budak kecil.
  • Mimpi melihat salib atau gereja.
  • merintih dan menangis ketika tidur.
Gejala waktu jaga
  • Selalu pening kepala.
  • Lalai mengingati Allah SWT
  • Sering lesu dan malas.
  • Rasa sakit di salah satu anggota badan.
  • Sakit di belakang terutamanya tulang belakang.
  • Lenguh sendi-sendi utama.
  • Mempunyai ketumbuhan yang sukar diubati.
  • Mudah panik apabila berhadapan dengan sesuatu ujian.
  • Jiwa sentiasa lemah dan tiada motivasi untuk meneruskan hidup.
  • Mudah marah dan panas baran.
  • Emosional dan terlalu sensitif.
  • Terasa seperti terdapat sesuatu di bawah tapak kaki seperti terpijak batu atau telur.
  • Sentiasa mengantuk terutamanya dalam majlis ilmu.

Isnin, 14 September 2015

Sultan Johor

D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN
JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM

Ketika sultan dan raja lain berdiam diri tentang segala permasalahan rakyat baginda sultan bangun sebagai pejuang dan pembela kepada rakyat jelata.

Sekalong tahniah kepada baginda yang tidak takut dan gentar kepada segala keadaan yang bakal timbul.
Daulat Tuanku!

Apa yang amat menarik ketika mana baginda mengumumkan cuti bagi seluruh rakyat jelata yang bernaung dibawah payung pemerintahan baginda ialah cuti hari Ahad ditukarkan kepada hari Jumaat.

Tahniah sekali lagi diatas keperihatinan baginda Tuanku.Semoga dengan pertukaran ini memberi seribu kemudahan kepada rakyat baginda terutamanya dari segi solat jumaat.

Pertukaran ini membawa dan memberi erti yang cukup besar kepada umat Islam khususnya.Seperti kata seorang ustaz dalam satu program tv.
"Pertukaran cuti dari hari Ahad kepada Jumaat cukup besar makna dan kesannya kepada rakyat Johor.Betapa seluruh rakyat yang beragama Islam dapat menunaikan ibadat dengan sempurna".

Fikirkan betapa besar dan banyaknya ganjaran pahala yang baginda sultan akan terima disisi Allah nanti diatas pertukaran cuti tersebut.

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Moga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat baginda sultan serta ahli keluarga baginda.
Walaupun saya bukan rakyat negeri Johor tetapi saya bangga adanya sultan yang berani berkata benar walaupun dihadapan bermacam tohmahan yang akan diterima.

Daulat Tuanku...moga Allah permudahkan segala urusan Tuanku!

Sabtu, 12 September 2015

KEMALANGAN DI MAKKAH





Kemalangan ditanah suci Makkah..moga Allah pelihara Dan permudahkan segala urusan jamaah haji.Maha Besar Dan Maha Agungnya Allah.Setiap sesuatu kejadian pasti ada hikmah disebaliknya.

Lembaga Tabung Haji (TH) mengesahkan berlakunya kejadian kerugntuhan kren di dalam Masjidil Haram pada lebih kurang jam 5.00 petang (waktu Saudi) akibat rebut pasir dan hujan lebat.

Buat masa ini sejumlah enam (6) orang jemaah haji Malaysia terlibat dimana seorang daripadanya telah dilaporkan patah kaki dan lima yang lain cedara ringan.

Pasukan kebajikan dan perubatan telah dikerahkan untuk memberikan rawatan dan membuat pemeriksaan di kawasan terbabit. Ini bertujuan  untuk meninjau serta memastikan keadaan Jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden berkenaan.

Semua yang cedera telah dikenal pasti dan sedang menerima rawatan daripada pasukan perubatan TH di tempat kejadian.

Jemaah Haji yang patah kaki telah dihantar ke Hospital Tabung Haji untuk rawatan lanjut.

Pasukan perubatan TH telah berada di hospital Arab Saudi bagi mengenalpasti sekiranya terdapat lagi jemaah haji Malaysia yang terlibat dalam insiden tersebut.

TH akan memaklumkan perkembangan ini dari masa ke semasa.

Kepada seluruh ahli keluarga moga tabah dan sabar menerima berita ini.


Omak Kau!!!!: KOLEKSI GAMBAR SUASANA DI MASJIDIL HARAM APABILA KREN JATUH MENYEBABKAN RAMAI JEMAAH HAJI MENINGGAL DUNIA.

Omak Kau!!!!: KOLEKSI GAMBAR SUASANA DI MASJIDIL HARAM APABILA KREN JATUH MENYEBABKAN RAMAI JEMAAH HAJI MENINGGAL DUNIA.