Memaparkan catatan dengan label DIA...INSAN TERPILIH.. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DIA...INSAN TERPILIH.. Papar semua catatan

Rabu, 16 September 2015

DIA..INSAN TERPILIH.

Dia insan terpilih!
Dipilih oleh Allah untuk datang ketanah suci Makkah yang penuh barokah.Hanya yang terpilih sahaja yang akan datang sebagai tetamuNYA.

Nuroshaizan Zulkiffli(37tahun)seorang guru berasal Dari Tanah Merah Kelantan.Seorang isteri dan ibu kepada tiga orang cahaya mata.Dari raut wajahnya ternyata dia seorang berperwatakan lemah lembut.

Pemergianya hanya diiringi sanak saudara yang tidak ada siapa pun menjangkakan itulah saat pertemuan terakhir buat mereka semua,terutama suami dan anak-anak tercinta.

Kini satu dunia mengenali dan meratapi pemergian beratus-ratus orang jemaah haji yang telah dijemput pergi mengadap sang pencipta Allah azzawajalla.Ianya termasuklah Nuroshaizan yang kini dikenali oleh seluruh rakyat Malaysia.

Kini bukan sahaja suami,anak-anak,kaum kelurga malah seluruh rakyat Malaysia sedih dengan pemergiannya namun tumpang rasa bangga kerana perginya ketika sedang beribadat kepada Allah.Bukan senang untuk menjadi insan yang terpilih.

Sesungguhnya setiap yang bernama wanita sudah pasti mendambakan hidup dan mati sepertinya.Namun adakah kita semua layak untuk mendapat tempat sepertinya?Hanya amalan dan rahmat dari Allah sahaja yang dapat menentukanya.

Solat tahajjud,solat dhuha dan sudah pasti yang wajib menjadi amalan harian dalam hidupnya.Taat pada Allah taat pada suami juga ibubapa sudah tentu menjadi amalanya.

Ayuh sang wanita jom sama-sama kita rebut peluang ini kerana kita masih lagi diberi ruang dan peluang oleh Allah.Tidak ada jalan mudah untuk mendapat yang terbaik.Istiqamah dalam beribadat satu perkara yang amat dituntut.

Ya Allah berilah aku peluang untuk mati dalam keadaan husnul khatimah dan dimasukan kedalam syurga firdausMu walaupun aku tahu memang aku tak layak menjadi penghuninya.Namun aku tetap yakin dengan rahmat dan hidayahMu,juga sifat Ar-rahman dan Ar-rahimMu.