Memaparkan catatan dengan label SULTAN JOHOR. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SULTAN JOHOR. Papar semua catatan

Isnin, 14 September 2015

Sultan Johor

D.Y.M.M SULTAN IBRAHIM IBNI ALMARHUM SULTAN ISKANDAR
SULTAN DAN YANG DIPERTUAN BAGI NEGERI DAN
JAJAHAN TAKLUK JOHOR DARUL TA'ZIM

Ketika sultan dan raja lain berdiam diri tentang segala permasalahan rakyat baginda sultan bangun sebagai pejuang dan pembela kepada rakyat jelata.

Sekalong tahniah kepada baginda yang tidak takut dan gentar kepada segala keadaan yang bakal timbul.
Daulat Tuanku!

Apa yang amat menarik ketika mana baginda mengumumkan cuti bagi seluruh rakyat jelata yang bernaung dibawah payung pemerintahan baginda ialah cuti hari Ahad ditukarkan kepada hari Jumaat.

Tahniah sekali lagi diatas keperihatinan baginda Tuanku.Semoga dengan pertukaran ini memberi seribu kemudahan kepada rakyat baginda terutamanya dari segi solat jumaat.

Pertukaran ini membawa dan memberi erti yang cukup besar kepada umat Islam khususnya.Seperti kata seorang ustaz dalam satu program tv.
"Pertukaran cuti dari hari Ahad kepada Jumaat cukup besar makna dan kesannya kepada rakyat Johor.Betapa seluruh rakyat yang beragama Islam dapat menunaikan ibadat dengan sempurna".

Fikirkan betapa besar dan banyaknya ganjaran pahala yang baginda sultan akan terima disisi Allah nanti diatas pertukaran cuti tersebut.

Allahu Akbar!
Allahu Akbar!
Allahu Akbar!

Moga Allah permudahkan segala urusan dunia dan akhirat baginda sultan serta ahli keluarga baginda.
Walaupun saya bukan rakyat negeri Johor tetapi saya bangga adanya sultan yang berani berkata benar walaupun dihadapan bermacam tohmahan yang akan diterima.

Daulat Tuanku...moga Allah permudahkan segala urusan Tuanku!