Rabu, 20 Ogos 2014

Ubi kayu baik untuk kesihatan.

Tentu ramai yang tahu ubi kayu sebagai makanan orang miskin. Tetapi, ramai tidak tahu ubi kayu adalah makanan yang baik untuk dimakan semasa menjalani ibadah puasa. Ini kerana ubi kayu mengandungi ciri-ciri tambahan yang baik untuk diet disebabkan sifat-sifatnya yang sihat. Antaranya: SUMBER TENAGA: Sebenarnya inilah sebab utama kenapa makan ubi kayu itu baik semasa kita berpuasa. Ini kerana ubikayu mengandungi sumber kesihatan yang tinggi dengan karbohidrat dan kanji untuk menyiapkan badan kita dengan tenaga yang banyak. Tambahan pula ubikayu memiliki kadar kolesterol dan lemak yang rendah. Maknanya, ia adalah makanan yang baik untuk dimakan apabila kita mahu menambah berat badan secara sihat. KANDUNGAN MINERAL: Ubi kayu mengandungi mineral seperti kalsium, fosforus, kalium dan magnesium. Walaupun kuantitinya rendah, ia boleh digunakan untuk bancuhan mengganti bahan-bahan lain seperti susu. Ia amat kaya dengan zat besi dan vitamin B termasuk asid folik yang amat penting bagi ibu-ibu yang hamil. Daun muda ubi kayu (pucuk ubi) adalah sumber protein pemakanan dan vitamin K. Vitamin-K mempunyai peranan yang berpotensi dalam struktur jisim tulang dengan menggalakkan aktiviti perawatan dalam tulang. Ia juga berupaya memainkan peranan dalam rawatan pesakit Alzheimer dengan menghadkan kerosakan neuron di dalam otak. Ubi Kayu adalah sumber sederhana kumpulan B-kompleks vitamin seperti folates, thiamin, pyridoxine (vitamin B-6), riboflavin dan asid Pantothenic. SERAT: Kita semua tahu betapa pentingnya memakan serat yang cukup. Ubi kayu adalah salah satu makanan yang mempunyai sejumlah serat pemakanan yang benar-benar baik, yang boleh membantu untuk mengurangkan kolesterol, mengurangkan kadar kanser kolon serta membantu mencegah penyakit seperti diabetes dan penyakit jantung. CIRI PENYEJUKAN: Tidak banyak penyelidikan yang boleh dijadikan rujukan untuk menyokong ciri ini, tetapi perubatan tradisional India telah lama menggunakan ubi kayu yang digabungkan dengan beras untuk membantu menyejukkan badan. Gabungan dengan nasi diperlukan kerana ubi sahaja tidak memiliki ciri-ciri kesihatan yang lengkap. Oleh itu, walaupun ubi kayu mungkin menjadi makanan tambahan yang sihat untuk diet, ia hanya diperlukan untuk menjadi sebahagian daripada diet dan bukan keseluruhan diet. Maknanya, jangan makan ubi kayu sahaja. Ubi kayu bebas daripada gluten. Dalam hubungan ini orang yang mengidap penyakit celiac (sejenis penyakit yang membawa kepada kerosakan usus kecil and gangguan penyerapan nutrien daripada makanan), tidak boleh menerima (cannot tolerate) gluten. Makan ubi kayu menjadi alternatif untuk orang yang alah kepada makanan dari tepung gandun yang mengandungi banyak gluten. Ubi kayu mungkin mengandungi gluten jika diperoses bersama bahan yang ada gluten seperti digoreng dengan minyak masak yang tercemar dengan gluten.

Tiada ulasan: