Rabu, 20 Ogos 2014

Kelebihan Habatussauda

Nabi s.a.w. bersabda: “Kekallah kamu dengan habbatus sauda kerana padanya itu penawar bagi segala penyakit kecuali mati” (riwayat Bukhari) Minsyam memilih untuk meningkatkan kualiti minyak habbatus sauda dengan memperkenalkan minyak habbatus sauda emas (gold habbatus sauda). Minyak perahan sejuk adalah yang dihasilkan dengan teknik perahan yang menggunakan teknik kehangatan rendah iaitu 25 darjah celsius. (sedangkan suhu badan manusia ialah 37darjah celsius). Tidak dinafikan sekiranya terdapat elemen panas dalam proses pemerahan, maka minyak yang dihasilkan akan lebih banyak. Bagaimanapun, ciri-ciri rasa, khasiat malahan warna akan berubah. Sebagai contoh, sekiranya 1kg biji habbatus sauda diperah dengan teknik panas, akan dapat menghasilkan di antara 500g-750g minyak habbatus sauda. Berbanding dengan 150g kalau dihasilkan melalui perahan sejuk. Dan jelas minyak habbatus sauda perahan sejuk dihasilkan dalam bentuk kuning keemasan, berbanding perahan panas yang berwarna gelap. Analogi yang mudah, boleh dilihat pada minyak masak. Semua minyak masak baru akan berwarna kuning keemasan, tapi apabila telah digunakan beberapa kali atau dihangatkan berkali-kali, warnanya akan menjadi gelap. Dan tidak lagi berkhasiat. Masyarakat yunani purba telah menggunakan Habbatus Sauda sejak 5000 tahun yang lampau untuk tujuan perubatan. Mayat raja Yunani pada masa itu akan ditanam bersama dengan Jintan Hitam untuk berfungsi sebagai pengawet mayat. Ahli perubatan Yunani Kuno,Galen telah menggunakan Habbatus Sauda dalam rawatan perubatan . Beliau merupakan tabib diraja bagi Maharaja Aurelius. Ahli perubatan Firaun telah mengenali Habbatus Sauda sejak 4000 tahun lampau. Dalam kubur Tuthakamun ditemui bekas khas Amphora yang digunakan untuk menyimpan minyak Habbatus Sauda. Ratu Nefertiti zaman firaun menggunakan habbatus sauda untuk menjadi cantik. Cleopatra seorang ratu Mesir,merawat tubuhnya dengan menggunakan minyak habbatus sauda dalam susu untuk mandian baginda. Bani Israel telah mengamalkan memakan minyak habbatus sauda bahkan ia menjadi ladang pertanian semasa zaman Nabi Sulaiman,Nabi Daud dan Nabi Musa. Ibnu sina dalam Qanun fil al tibb menyatakan habbatus sauda merangsang tenaga ,membantu memulihkan kepenatan,membantu dalam kelelahan kronik serta memberi kesan terapi. Albiruni pula menyebut bahawa orang China dan India menggunakan bahan pemakanan sejak kurun ke 10 lagi. Banyak penyakit yang boleh sembuh dengan habbatus sauda dengan izin Allah iaitu kembung,susu ibu,sakit gigi,kulit berkudis,buasir,kusta ,gigitan anjing gila dan banyak lagi..... ANTARA KEBAIKANNYA IALAH : ANALISIS KE ATAS MINYAK Analisis telah menunjukkan bahawa Minyak Habbatus Sauda' mengandungi 0,5-1.5% essential oil. Ia mempunyai kesan holistic dengan baunya sahaja boleh mencetus pengluaran hormone dan bahan pembawa (messenger substance). Sebagai minyak ia dihadam masuk ke dalam salur limfa (lymphatic vessel) dalam usus, meresap ke dalam untuk membuka laluan dan membuang sumbatan (decongest) dalam kor sistem lymphatic. KAEDAH PENGAMBILAN LUARAN Bila disapu di luaran ia ada tindakbalas rubefacient ( membekas dan merangsang peredaran darah ditempat yang digosok) dan kesan bius tempatan lembut (local anaesthetic effect) DALAMAN Bila diambil secara dalaman, ia menyebabkan rembesan saliva, menjadi expectorant (Mengeluarkan kahak, mucus dan hingus dari paru-paru, bronkus dan trachea), melegakan kembung dan angin, colic sakit perut dan kesan purgative (pengeluaran isi perut) HIDUAN Bila dihidu aromanya ia merembes cecair badan, dan melegakan salur nafas yang tersumbat (congestion of the bronchioles

Tiada ulasan: