Memaparkan catatan dengan label Saman Sarawak Report..tetap diteruskan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Saman Sarawak Report..tetap diteruskan. Papar semua catatan

Selasa, 11 April 2017

SAMAN SARAWAK REPORT..TETAP DITERUSKAN


SHAH ALAM, 13 Rejab 1438H, Isnin – PAS memberitahu pihaknya bersiap sedia dengan 10 orang saksi di United Kingdom bagi memberi keterangan di mahkamah berhubung kes saman terhadap Sarawak Report.

Setiausaha Agung parti itu, Datuk Takiyuddin Hassan berkata, dalam masa sama pihaknya turut membuat persiapan mengumpul saksi-saksi di Malaysia untuk turut sama membantu memberi keterangan di mahkamah berhubung kes tersebut.

“Pada masa ini, kita tengah senaraikan saksi-saksi yang terdiri daripada rakyat Malaysia dan United Kingdom untuk bantu beri keterangan.

“Di dalam mahkamah, saksi-saksi ini kadang-kala dipanggil dalam bentuk keterangan bertulis, affidavit dan sebagainya,” katanya dipetik Sinar Harian.

Kes bermula apabila portal Sarawak Report mendakwa PAS menerima sejumlah wang tersebut daripada Najib, yang cuba mengambil peluang perselisihan dalam kalangan pembangkang dengan mengambil hati pemimpin atasan PAS.

Tidak hanya Sarawak Report, bekas Naib Presiden PAS, Datuk Husam dalam ceramahnya turut mendakwa mengetahui maklumat mengenai dana RM90 juta yang disalurkan kepada parti itu.

PAS sebelum ini memfailkan saman terhadap Sarawak Report turut mengambil tindakan sama ke atas Husam yang kini bersama dengan parti serpihannya, Parti Amanah Negara (PAN).

Mengulas lanjut Takiyuddin berkata, kes saman mempunyai tempoh masa selama enam tahun untuk tindakan saman dan pihaknya sedang dalam proses ke arah tersebut.

“Saya minta pihak-pihak yang menekan Pas supaya mengambil tindakan saman ini agar tidak perlu bimbang kerana kita tetap dengan pendirian untuk ambil tindakan tersebut.

“Bila ia (saman) akan dilaksanakan, itu terpulang kepada peguam,” katanya.