Kepimpinan...tidak kira siapa kita,kita adalah pemimpin.Memimpin diri sendiri ataupun orang lain.Dalam surah Shad ayat 26 Allah berfirman yang maksudnya"Hai Daud,sesungguhnya Kami menjadikan kamu khalifah (penguasa)di muka bumi maka berilah keputusan(perkara)diantara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsu kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah.Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah,akan mendapat azab yang berat kerana mereka melupakan hari perhitungan"
Kepada semua tidak kira siapa kita jom jadilah pemimpin yang baik,amanah,jujur dan ikhlas.Janji Allah amat benar takutlah pada balasanNya.Jangan kerana kita telah dipilih sebagai pemimpin apa sahaja yang kita buat tanpa mengambil kira mereka yang kita pimpin.
Perbetullah diri sendiri mengikut apa yang telah diperintah oleh Allah dan Rasulallah.Jadilah pemimpin yang senang didampingi bukan pemimpin yang digeruni atau ditakuti.
Andai kita tersalah pimpin pastinya orang yang kita pimpin juga turut sama bersalah.Kasihanilah diri sendiri dan mereka yang kita pimpin.
Kepada semua yang bernama pemimpin pandanglah diri sendiri apakah kita sudah dan telah berada dilandasan yang betul?.Andai kata kita sebagai pemimpin pun masih banyak lagi kesilapan jangan cepat melatah atau marah jika mereka yang kita pimpin membuat teguran.
Renung dan ingatlah apa yang telah dibuat oleh Saiyidina Abu Bakar tak kala beliau diangkat sebagai pemimpin!Dengan pedang yang terhunus"andai ada kesilapan perbetullah aku".
Seorang sahabat yang telah dijanjikan oleh Allah dengan syurga apalah sangat dengan kita yang terlalu jauh hidup dengan tidak ada ilmu al-quran dan hadis.
Wahai yang bernama pemimpin bangunlah dan takutlah pada janji-janji Allah.Biarlah kita semua bahagia di dunia dan akhirat nanti.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan