Khamis, 21 Ogos 2014
Jadilah jiran yang baik!
Pada suatu hari, Rasulullah s.a.w bersumpah sebanyak tiga kali yang bermaksud: "Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman! Demi Allah, tidak beriman!"
Apabila ditanya, siapakah yang Baginda s.a.w. maksudkan, Baginda menjawab: "Seseorang yang jirannya tidak berasa aman dan tenang disebabkan perangai jahatnya." (Riwayat al-Bukhari)
Imam al-Nawawi mengatakan ada dua tafsiran tentang penafian iman dalam sabda Baginda itu:
** Orang yang menganggap perbuatan menyusahkan jiran adalah halal.
** Menafikan kesempurnaan iman orang lain kerana sikapnya sentiasa menyusahkan jirannya.
Perbuatan yang menyusahkan jiran memang amat dibenci dalam Islam seperti mana yang ditekankan oleh Baginda Rasulullah dalam hadis di atas. Banyak perkara yang boleh menyebabkan jiran terganggu dan tidak tenang hidupnya. Buang sampah, buat bising sampai mengganggu ketenteraman jiran, mengumpat, mencela, memfitnah dan pelbagai lagi perkara yang boleh menyusahkan jiran. Memelihara kucing juga boleh dikatakan menyusahkan jiran sekiranya tidak di tangani dengan betul.
Memelihara kucing itu harus tapi ada sesetengah situasi yang boleh menyebabkan pemelihara kucing mendapat disa apabila tidak menunaikan nafkah "zahir dan batin" kucing peliharaannya seperti makn, minum, tempat tinggal dan perkara yang berkaitan dengan naluri haiwan. Dan jika ia mengganggu ketenteraman jiran maka ia juga akan menyebabkan pemelihara kucing mendapat dosa. Nauzubillah,
semoga kita pemelihara kucing tidak tergolong dalam kalangan manusia yang dinafikan kesempurnaan imannya.
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan