Rabu, 9 September 2015

RIAK..PEMUSNAH AMALAN.

RIAK

Jom sama-sama kita  muhasabah diri!

Riak menurut  Imam Al-Ghazali....
Riak adalah mencari kedudukan pada hati manusia dengan memperlihatkan kepada mereka hal-hal kebajikan.

Sementara Imam Habib Abdullah Haddad pula berpendapat......

Riak ialah menuntut kedudukan atau meminta dihormati daripada orang ramai dengan amalan yang ditujukan untuk akhirat. Dalam al-Quran Allah berfirman yang bermaksud: “Maka celakalah (azab) bagi orang yang sembahyang, yang mereka itu lalai daripada sembahyangnya lagi mereka itu riak.” (Surah Al-Maun ayat 4-6).

Dalam surah al-Baqarah ayat 264 Allah berfirman maksudnya: “Hai orang- orang yang beriman janganlah kamu batalkan sedekahmu dengan mencerca dan menyakiti seperti orang yang menafkahkan hartanya kerana riak kepada manusia.

” Secara mudah kita simpulkan bahawa riak adalah perbuatan yang semata-mata untuk mengharapkan sanjungan, pujian atau penghormatan daripada orang lain. Hal ini amat bertentangan dengan kehendak Islam yang sentiasa menyeru umatnya agar beramal atau melakukan perkara kebaikan dengan hati penuh keikhlasan dan mengharapkan keredaan Allah.


Sekiranya penyakit riak ini dibiarkan terus bersarang dalam hati seseorang, lama kelamaan ia boleh membinasakan orang yang mengamalkannya.


Kemurnian akidah, keluhuran akhlak dan kesempurnaan amal umat Islam akan tercemar dan rosak jika tidak dilandasi keimanan dan keikhlasan hati serta mengharapkan keredaan Allah. Justeru, dalam Islam setiap amal kebajikan yang disertai dengan riak adalah tergolong dalam perbuatan syirik kecil yang boleh merosakkan amal kebajikan, melunturkan kemurnian akhlak dan akan mendapat kerugian hidup di dunia dan akhirat.

Memang ada di kalangan umat Islam yang melakukan sesuatu amalan kebajikan atau mengerjakan ibadah hanya untuk mengaburi mata orang ramai. Mereka melakukan amalan kebajikan atau ibadah untuk menunjukkan yang kononnya mereka baik, pemurah, warak atau rajin beribadah. Mereka lakukan kerana didorong hawa nafsu yang sentiasa berusaha memesongkan mereka yang lemah imannya. Hal ini diperingatkan Allah dalam firman-Nya yang bermaksud: “Dan janganlah kamu turuti hawa nafsu, nanti ia menyesatkan kamu daripada (agama) Allah. (Surah Sad ayat 26).


Dalam surah Muhammad ayat 16, Allah berfirman yang bermaksud: “Mereka itu telah dicap (ditutup) Allah mata hatinya dan mereka mengikut hawa nafsunya.” Adalah sangat jelas umat Islam yang melakukan perbuatan riak akan mendapat balasan buruk daripada Allah. Sementara Rasulullah sendiri sentiasa mengingatkan umatnya supaya menjauhi diri daripada perbuatan riak melalui beberapa hadisnya. Antaranya, Rasulullah bersabda: “Awaslah kamu jangan mencampuradukkan antara taat pada Allah dengan keinginan dipuji orang (riak), nescaya gugur amalanmu.” (Hadis riwayat Ad-Dailami).

Dalam hadis lain Rasulullah bersabda: “Suatu yang paling aku khuatirkan kamu ialah syirik kecil, lalu ditanya oleh sahabat, apakah syirik kecil itu ya Rasulullah? Kemudian baginda bersabda, itulah riak.” (Hadis riwayat Ahmad dan Baihaqi).


Untuk menjauhkan diri atau membersihkan hati daripada perbuatan riak, umat Islam hendaklah mengamalkan sifat muraqabah. Muraqabah dapat memperlihatkan dan menghayati kepentingan dan hak Allah dengan memperhitungkan diri sendiri, berapa banyak kebaikan dan dosa yang telah dilakukan sebagai perbandingan supaya terus berhati-hati dalam setiap perbuatan dan apa jua tindakan yang akan dilakukan.


Bertaubat adalah jalan terbaik bagi mereka yang melakukan dosa atau yang terlanjur perbuatannya. Taubat dan istighfar amat dituntut ke atas setiap orang yang beriman.


Firman Allah yang bermaksud: “Dan orang-orang yang melakukan perbuatan keji atau menzalimi diri sendiri, mereka segera ingat kepada Allah lalu memohon ampun atas dosa mereka. Dan tiada siapa yang mengampuni dosa melainkan Allah dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya sedang mereka mengetahui.” (Surah Ali Imran ayat 135).


Dalam surah lain Allah berfirman yang bermaksud: “Sesungguhnya Allah mengasihi orang-orang yang banyak bertaubat dan mengasihi orang-orang yang sentiasa mensucikan diri.” (Surah Al-Baqarah ayat 222).

 MURAQABAH

 Menurut ilmu dan amalan tasawwuf ialah mengingati Allah S.W.T. dengan cara memikir,merenong di samping menilik dan meneliti kebesaran,keagongan serta kekuasaan Allah S.W.T.

Penelitian  dan renungan ini dilakukan melalui pandangan matahati atau disebut sebagai al-bashirah. Pandangan matahati yang yakin serta  iringan keiklasan hanya kepada Allah S.W.T.di samping melupakan buat seketika sesuatu yang lain daripada Allah S.W.T.dengan menumpukan ingatan hanya Kepada Allah S.W.t.sahaja.

Mengingat Allah S.W.T. ini merangkumi ingatan terhadap Kebesaran serta Keagongan dan Kesempurnaan sifat-sifat-Nya.Dengan mengulang-mengulang di samping merasa-rasakan Keagongan, Kebesaran dan Kesempurnaan tersebut, berusahalah menimbulkan kesedaran rohani diri sendiri sebagai Insan yang tidak mempunyai kuasa, lemah tidak memiliki sifat kesempurnaan,malah sentiasa mengharap pertolongan dan keridaan dari Allah S.W.T.

Manakala tujuan bermuraqabah pula ialah untuk membersihkan diri/jiwa dengan tujuan untuk mendekatkan diri kepada Allah S.W.T. Kerana jiwa/diri yang kotor tidak akan dapat mendekatkan diri kepada Allah S.W.T.Kerana Allah S.W.T. berfirman yang antara lain bermaksud :Sesungguhnya berjayalah bagi mereka ynag mensucikan jiwanya(dengan melakukan amal-amal soleh) dan rugilah bagi  mereka yang mengotorkannya (dengan melakukan maksiat).





Selasa, 8 September 2015

10..MUTIARA YANG AKAN HILANG





Perkongsian...untuk muhasabah bersama.


Rasulullah saw bertanya satu soalan kepada Jibril a.s,  "Wahai Jibril as.. Adakah kau akan turun ke bumi lagi setelah aku tiada nanti?" "Masih lagi Ya Rasulullah... ku turun ke bumi utk mengambil 10 Mutiara hidup peninggalan mu...

Lalu Baginda s.a.w. bertanya kembali; “Mutiara apakah yang kau akan ambil?

Jibril a.s. menjawab:

 (الأَوَّلُ) أَرْفَعُ البَرَكَةَ مِنَ الأَرْضِا”

1) Mutiara Pertama yang akan ku ambil dari muka bumi ini adalah BAROKAH.

 ( وَالثََّانىِ) أَرْفَعُ المَحَبَّةَ مِنْ قُلُوْبِ الخَلْقِ

2) Mutiara Kedua yang akan ku ambil dari bumi adalah RASA CINTA DARI HATI MANUSIA.


 (وَالثََّالِثُ) أَرْفَعُ الشُّفْقَةَ مِنْ قُلُوْبِ الأَقاَرِبِ

3) Mutiara Ketiga yang akan ku ambil dari bumi ini adalah SARA KASIH SAYANG DI ANTARA KELUARGA: iaitu rasa kasih sayang antara keluarga semakin menipis.


 (وَالرَّابِعُ) أَرْفَعُ العَدْلَ مِنَ الأُمَراَءِ

4) Mutiara ke Empat yang akan diambil oleh Jibril dari bumi ini adalah KEADILAN DI HATI PEMIMPIN.


 (وَالخاَمِسُ) أَرْفَعُ الحَياَءَ مِنَ النِّساَءِ

5) Mutiara Kelima yang akan ku ambil dari bumi ini adalah RASA MALU DARI WANITA-WANITA.


 (وَالسَّادِسُ) أَرْفَعُ الصَّبْرَ مِنَ الفُقَراَءِ

6) Mutiara Ke Enam yang akan ku ambil dari bumi adalah RASA SABAR ORANG-ORANG FAKIR.


 (وَالسَّابِعُ) أَرْفَعُ الوَرَعَ وَالزُهْدَ مِنَ اْلعُلَماَءِ

 7) Mutiara Ketujuh yang akan ku ambil dari bumi adalah WARA DAN ZUHUD dari para ulama. Maksud Wara' adalah cukup berhati-hati menjaga diri dari yang syuhbat dan yang haram, sedangkan zuhud itu tidak mementingkan harta-dunia, kedua-duanya merupakan ciri seorang ulama. Jika wara' dan zuhud telah hilang dari ulama maka nilai jati dirinya terjejas.


 (وَالثََّامِنُ) أَرْفَعُ السَّخاَءَ مِنَ الأَغْنِياَءِ

8) Mutiara Kelapan yang akan ku ambil dari bumi adalah DERMAWANNYA ORANG-ORANG KAYA.

 (وَالتَّاسِعُ) أَرْفَعُ القُرْآنَ

9) Mutiara Kesembilan yang akan ku ambil dari bumi adalah MENGANGKAT AL-QURAN. Orang sudah tidak rasa pentingnya lagi AlQuran.

 (العاَشِرُ) أَرْفَعُ الإِيْماَنَ

10) Dan yang terakhir, mutiara yang akan ku ambil dari bumi adalah IMAN. Ini adalah mutiara paling berharga diantara sembilan mutiara-mutiara yang lainnya.

Wallahu a'lam.. Semoga bermunafaat kepada kita semua utk bermuhasabah diri.



Jumaat, 4 September 2015

NENAS..TURUNKAN BERAT BADAN




Nenas sebagai salah satu cara untuk turunkan berat badan.


Selain bermanfaat sebagai makanan, buah nenas juga berkhasiat sebagai 
ubat tradisional. Selain itu, kandungan vitamin seperti vitamin C dan mineralnya sangat baik untuk kesihatan. Khasiat buah nenas antara lain mengurangkan keluarnya asid badan yang berlebihan, membantu mencernakan makanan , antiradang, melawaskan kencing (diuretik), membersihkan jaringan kulit yang mati (skin debridement), menghalang pertumbuhan sel kanser, menghapus penggumpulan lemak . Buah muda rasanya masam, berkhasiat memacu enzim pencernaan, antelmintik, diuretik, melancarkan darah haid dan mengeluarkan kahak.
Cara untuk menurunkan berat badan..
Ambil sebiji nenas
kupas kulitnya..
potong dan blander
tapis ambil airnya minum dua kali sehari
In shaa Allah dengan izinNYA!

http://www.kk1g.com/?id=dishah


Selasa, 1 September 2015

KELADI TIKUS...PENAWAR KANSER MUJARAB

KELADI TIKUS.

Ubat Penawar Kanser Alternatif Paling Efektif (UPM).


Keladi tikus (Typhonium flagelliforme, Rodent tuber, Laoshu yu)
Keladi Tikus atau nama saintifiknya; Typhonium flagelliforme adalah sejenis tumbuhan yang mempunyai komponen aktif bagi merawat kanser serta beberapa jenis penyakit. Terdapat beberapa penulisan yang membahaskan tentang keupayaan yang ada pada keladi tikus, baik dari sudut negatif mahupun positif. Sinonim dengan kanser, tumbuhan ini telah mula menarik perhatian pengamal perubatan alternatif dan mereka yang mencari kaedah rawatan berasaskan kaedah alternatif. Menurut sebuah artikel yang dikeluarkan oleh Utusan bertarikh 17/8/1998 menunjukkan bahawa, keladi tikus mempunyai komponen yang bukan sekadar merawat, tetapi ianya juga mampu mencegah sel kanser daripada terus merebak. (rujukan).

Apabila mencapai tahap matang, Keladi Tikus yang juga dikenali dengan nama Rodent Tuber, Tu Ban Xia atau Lao Shu Yu ini akan berbunga. Bentuk bunganya yang seakan-akan ekor tikus menyebabkan ia mendapat gelaran Keladi Tikus. Termasuk dalam kategori Araceae, berketinggian antara 25 hingga 30cm, Keladi Tikus biasanya tumbuh di dalam habitat lembap yang tidak terkena cahaya matahari secara langsung. Berdaun hijau terang, bulat dan hujung runcing berbentuk seperti daun sirih, ianya boleh dijumpai di sekitar asia tenggara dan biasanya tumbuh di kawasan hutan dara berpaya yang mempunyai tahap kelembapan (humidity) tinggi serta jauh daripada capaian manusia. Herba Keladi tikus adalah sejenis tumbuhan asli yang jarang dijumpai pada kawasan yang bertanah kering dan tidak akan membesar kecuali pada tanah yang lembab dan bewarna gelap.
Rujukan: Dr Lai Choon Sheen (USM Pulau Pinang, rujuk Publication 2009 dan 2010). Current Project (USM Pulau Pinang, rujuk nombor 18).

Kajian Makmal.
Sebuah artikel, hasil penelitian Universiti Sains Malaysia (USM) berkaitan kemampuan Keladi Tikus melawan sel kanser bertarikh 2/6/2008 telah diterbitkan, yang ditulis semula, dengan izin: "Several fractions of the Hexane and Dichloromethane extracts were found to inhibit the growth of NCI-H23.." dimana NCI-H23 adalah dirujuk kepada sel kanser, kajian ini menunjukkan Hexane dan Dichloromethane yang terdapat pada pokok Keladi Tikus telah mewujudkan persekitaran yang kurang sesuai bagi kanser untuk berkembang (rujukan). Pengguna dinasihatkan supaya mengenali herba Keladi tikus dengan lebih terperinci sebelum menggunakannya, ini kerana, dikhuatiri jika tersalah pilih, akan mendapatkan pokok yang tidak dapat memberikan khasiat penyembuhan yang sepatutnya, ini kerana pokok herba keladi tikus yang tumbuh di Malaysia ini mempunyai lebih dari 60 jenis keladi lagi dari cross species yang hampir sama yang tumbuh meliar di Myanmar, Filipina, Sri Lanka, Thailand, New Guinea dan pada beberapa buah negara lagi, oleh itu, pengalaman serta penelitian adalah sangat penting bagi memastikan ianya adalah datang dari spesis Araceae yang biasanya digunakan dalam bidang perubatan, rujuk Typhonium. (rujukan).

Keladi tikus juga telah mendapat liputan daripada akhbar berbahasa cina tempatan, Sin Chew Daily.
Beberapa artikel telah diterbitkan untuk menunjukkan fungsi penggunaan herba keladi tikus bagi merawat pelbagai jenis kanser, ini berikutan dengan hasil daripada tindak balas Ribonsome inactivating protein yang berfungsi sebagai pemacu tindakbalas toksin di dalam tubuh, yang juga dikenali dengan nama Immunotoxin yang merupakan salah satu penyebab utama kemusnahan sel kanser disamping anti oksida yang tinggi yang menjadi pelindung kepada sel-sel lain yang masih belum terkena jangkitan. Herba keladi tikus yang dikeringkan di bawah sinaran matahari biasanya mempunyai bau yang kuat serta mampu bertahan sehingga 2 tahun daripada tarikh ianya dikeringkan



Keladi tikus ubati kanser.

Keladi tikus adalah nama yang kurang dikenali di rantau ini, terutamanya kita di Malaysia, tetapi pada negara luar, herba telah dikenali sebagai salah satu daripada herba besar yang telah berjaya menyembuhkan pelbagai jenis penyakit seperti keputihan, buasir, sakit gigi, radang paru-paru, sakit dada akibat merokok, termasuklah penyakit yang menjadi pembunuh nombor dua dunia iaitu kanser. Tidak hairanlah jika kata kunci keladi tikus dibuat pada carian internet, banyak daripada hasil carian adalah datang daripada penulisan daripada pelbagai jenis bahasa, ini kerana terdapat beberapa kajian serta tesis lengkap telah dibuat terhadap herba ini (rujukan) serta penggunaan herba ini, terutamanya pada rantau nusantara telah terbukti amat mujarab bagi mengubati beberapa penyakit kronik kerana pada dasarnya, herba Keladi tikus mempunyai beberapa komponen aktif yang amat diperlukan oleh tubuh untuk mencegah serta merawat penyakit kronik, sehinggakan ada yang sanggup datang daripada luar negara seperti New Zealand, Filipina, Amerika Syarikat serta Australia semata-mata untuk mendapatkan herba yang jarang didapati ini atas tujuan perubatan kanser yang dihadapi.


Anti Kanser.
Herba Keladi tikus telah menjalani beberapa peringkat kajian oleh universiti tempatan dan juga luar negara dan merupakan herba yang tergolong dalam kategori yang agak cepat kesannya pada tubuh, proses penyembuhannya dapat dirasakan seawal 4 jam bagi mereka yang menggunakannya bagi merawat sakit dada (paru-paru) akibat merokok, walau bagaimanapun, kesannya pada pesakit kanser adalah berbeza, ianya biasa diawali dengan satu tindakbalas yang dikenali sebagai krisis penyembuhan atau healing crisis sebelum tubuh memasuki fasa merawat kendiri (self healing), manakala masa yang diperlukan adalah sekitar 6 hingga ke 12 bulan, malah ada yang lebih daripada itu, ini bergantung kepada tahap sesuatu kanser yang ada pada seseorang pesakit. Jika kanser itu sudah mencapai tahap metastasis, iaitu tahap 3 dan keatas dan sudah mempunyai keupayaan untuk merebak ke tempat lain, maka masa yang diperlukan adalah lebih berbanding dengan kanser yang masih baru terbentuk iaitu pada tahap 1 atau 2.

Sebuah journal yang telah dikeluarkan oleh J. Pharm (India) berkaitan dengan herba keladi tikus
dan komponennya bagi merawat penyakit kanser.

Keladi tikus telah menjalani beberapa ujian klinikal pada beberapa universiti tempatan serta luar negara, penelitian ini dibuat bagi merungkai rahsia penyembuhan yang terdapat padanya sehingga mampu merawat penyakit yang menjadi pembunuh no.2 di negara ini. hasil penelitian tersebut telah diuji pada sel kanser yang masih aktif didalam makmal pada kaedah in vitro dan juga dan juga in vivo yang dibuat pada pada tikus makmal yang disuntik dengan sel kanser aktif. Hasil yang didapati menunjukkan penurunan perkembangan sel kanser pada beberapa tahap ujian. keputusan klinikal tersebut telah dijadikan tesis bagi rujukan awam.

Berikut adalah hasil ujian klinikal yang telah dibuat terhadap herba Keladi tikus.

Department of Agriculture Technology, Faculty of Agriculture, University Putra Malaysia (rujukan).
Department of Anatomy, Faculty of Medicine, Sultan Agung Islamic University, Semarang, Indonesia (rujukan).
UPM-Makna Cancer Research, Institute of Bioscience, University Putra Malaysia (rujukan).
ANTI-LEUKEMIC EFFECTS OF TYPHONIUM FLAGELLIFORME, UPM (rujukan).
Anti-ulcerogenic activity of Typhonium flagelliforme, Universiti Malaya (rujukan).
Kongsi artikel dari seorang sahabat!
Moga ada manfaat bersama!
Moga dihalalkan!

Isnin, 31 Ogos 2015

KHASIAT DURIAN BELANDA..PEMUSNAH SEL KANSER



 KHASIAT DURIAN BELANDA...PEMUSNAH SEL KANSER
========================================

 10.000 KALI GANDA LEBIH BAIK DARI KEMO TERAPY.

Selama ini kita tahu bahwa kanser hanya boleh
diubati dengan terapi kemo. Namun nampaknya
persepsi ini harus dihapus dan dibuang sejauh-
jauhnya.
Kenapa? Kerana sebenarnya ada ubat semulajadi
untuk membunuh sel kanser yang kekuatannya
SEPULUH RIBU KALI GANDA lebih berkesan
dibanding terapi kemo. Ubat semulajadi ini adalah
buah yang dikenali oleh orang melayu
Buah Durian Belanda dan Daun Durian Belanda.
Tapi, Mengapa Kita Tidak Tahu?
Kerana salah satu perusahaan dunia
merahsiakan penemuan kajian mengenai hal ini
serapat-rapatnya, mereka ingin dana kajian yang di
keluarkan sangat besar, selama bertahun-tahun,
dapat kembali lebih dulu dicampur keuntungan
berganda dengan cara membuat pohon Durian Belanda
Sintetis sebagai bahan asas ubat dan ubatnya di
jual ke pasaran dunia.
Memilukan, beberapa orang meninggal sia-
sia kerana keganasan kanser,
sedangkan perusahaan raksasa, pembuat ubat
dengan dana jutaan dollar menutup rapat-
rapat rahsia keajaiban pohon ini.
Pohonnya pendek, di brazil dinamai “Graviola” , di
Spanyol “Guanabana” bahasa inggerisnya
“soursop” . kita menggelarnya buah durian belanda. Buahnya
berduri lembut, isi buah berwarna putih,
rasanya manis-masam, dimakan dengan cara
membuka kulitnya atau di buat jus.
Khasiat dari buah durian belanda ini memberikan kesan
anti tumor atau kanser yang sangat kuat, dan
terbukti secara perubatan menyembuhkan segala jenis
kanser. Selain menyembuhkan kanser, buah durian belanda
juga berfungsi sebagai anti bakteria, anti kulat
(fungus), efektif melawan berbagai jenis parasit
atau cacing, menurunkan tekanan darah tinggi,
Kemurungan , stress, dan menormalkan kembali sistem
saraf yang kurang baik.
Health Science Institute telah membuka tabir rahsia buah
ajaib ini. Fakta yang mencengangkan adalah: jauh
dipedalaman hutan amazon, tumbuh “pohon
ajaib”, yang akan merubah cara berfikir anda,
doktor anda, dan dunia mengenai proses
penyembuhan kanser dan harapan untuk bertahan
hidup. Tidak ada yang boleh menjanjikan lebih dari
hal ini, untuk masa-masa yang akan datang.
Kajian Membuktikan “Pohon Ajaib” dan Buahnya
Ini Mampu:
Menyerang sel kanser dengan selamat dan efektif
secara semulajadi, tanpa rasa mual, berat badan
turun, ataupun rambut gugur, seperti yang
terjadi pada terapi kemo.
Melindungi sistem kekebalan tubuh dan
mencegah dari jangkitan yang mematikan.
Pesakit merasa lebih kuat, lebih sehat
selama proses perawatan atau penyembuhan.
Energi meningkat dan penampilan tubuh lebih baik.
Sumber berita sangat mengejutkan ini berasal
dari salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika.
Buah Durian Belanda diuji di lebih dari 20 makmal, sejak tahun 1970-an sampai
beberapa tahun berikutnya. Hasil ujian dari ekstrak
(sari) buah ini adalah
Secara efektif memilih sasaran dan membunuh
sel jahat dari 12 jenis kanser yang berbeza,
diantaranya kanser : Usus Besar, Payu Dara,
Prostat, Paru2, dan Pankreas.
Daya kerjanya 10.000 kali lebih kuat dalam
memperlambat pertumbuhan sel kanser
dibandingkan dengan Adriamicin dan Terapi
Kemo yang biasa di gunakan.
Tidak seperti terapi kemo, sari buah ini secara
selektif hanya memburu dan membunuh sel2
jahat dan TIDAK membahayakan/ membunuh
sel-sel sihat.
Kajian telah di lakukan secara ekstensif pada
pohon “ajaib” ini, selama bertahun-tahun tapi
kenapa kita tidak tahu apa2 mengenai hal ini?
Kerana begitu mudah kesihatan kita, kehidupan
kita, dikendalikan oleh yang memiliki wang dan
kekuasaan.
Salah satu perusahaan ubat terbesar di Amerika
dengan dana jutaan dollar melakukan kajian
luar biasa pada pohon durian belanda yang tumbuh
dihutan Amazon ini. Ternyata beberapa bahagian
dari pohon ini, yakni kulit, akar, daun, isi
buah dan bijinya selama berabad-abad menjadi
Ubat bagi suku Indian di Amerika selatan untuk
menyembuhkan sakit jantung, asma, masalah
liver (hati) dan reumatik.
Dengan bukti-bukti ilmiah yang kurang,
perusahaan membelanjakan dana dan sumber tenaga
manusia yang sangat besar guna melakukan kajian
dan plbgai ujian. Hasilnya sangat mencengangkan.
Durian bela
nda secara ilmiah terbukti sebagai mesin
pembunuh sel kanser.
Tapi… kisah durian belanda hampir berakhir disini.
Mengapa? Dibawah undang-undang federal
sumber bahan semulajadi untuk ubat DILARANG/
TIDAK BOLEH dipatenkan.
Perusahaan menghadapi masalah besar,
berusaha sekuat tenaga dengan belanja sangat
besar untuk membuat (kloning) dari
Durian belanda ini supaya blh di patenkan sehingga dana
yang di keluarkan untuk kajian dan plbgai ujian blh
kembali, dan bahkan mengaut keuntungan besar.
Tapi usaha ini tidak berhasil. Durian belanda tidak dapat
di-kloning. Perusahaan gigit jari setelah
mengeluarkan dana jutaan dollar untuk kajian
dan plbgai ujian.
Ketika mimpi untuk mendapatkan keuntungan
lebih besar beransur-ansur pudar, kegiatan kajian dan ujian juga berhenti. Lebih parah lagi,
perusahaan menutup projek ini dan memutuskan
untuk TIDAK menghebahkan hasil kajian ini.
Beruntunglah, ada salah seorang ilmuwan dari
team kajian yang tidak tergamak melihat kekejaman ini
terjadi. Dengan mengorbankan kariernya, ia
menghubungi sebuah perusahaan yang biasa
mengumpulkan bahan-bahan semulajadi dari hutan
amazon untuk pembuatan ubat.
Ketika para pakar kajia dari Health Science
Institute mendengar berita keajaiban durian belanda,
mereka mulai melakukan kajian. Hasilnya sangat
mengejutkan. Durian belanda terbukti sebagai pohon
pembunuh sel kanser yang efektif.
The National Cancer Institute mulai melakukan kajian ilmiah yang pertama pada tahun 1976.
hasilnya membuktikan bahwa daun dan batang
Pohon durian belanda mampu menyerang dan
menghancurkan sel2 jahat kanser. Sayangnya
hasil ini hanya untuk keperluan dalaman dan tidak dihebahkan.
Sejak 1976, durian belanda telah terbukti sebagai
pembunuh sel kanser yang luar biasa pada ujian yang di lakukan oleh 20 Makmal Bebas yang berbeza.
Suatu kajian yang disiarkan oleh The Journal
of Natural Product s meyatakan bahwa kajian yang
dilakukan oleh Catholic University di korea
selatan, menyebutkan bahwa salah satu unsur
kimia yang terkandung di dalam durian belanda mampu
memilih, membezakan dan membunuh sel kanser
Usus Besar dengan 10.000 kali lebih kuat
dibandingkan dengan adriamicin dan Terapi
Kemo.
Penemuan yang paling mengujakan dari study
Catholic University ini adalah durian belanda blh memilih dan membunuh hanya sel
jahat kanser, sedangkan sel yang sihat tidak
tersentuh ataupun terganggu. Durian belanda tidak
seperti terapi kemo yang tidak blh membezakan
sel kanser dan sel sihat, maka sel-sel reproduksi
(seperti lambung dan rambut) dibunuh habis oleh
terapi kemo, sehingga timbul kesan negatif seperti
rasa mual dan rambut gugur.
Sebuah kajian di Purdue University membuktikan
bahwa daun durian belanda mampu membunuh sel
kanser secara berkesan, terutama sel kanser prostat,
pankreas, dan paru-paru.
Setelah selama kurang lebih dari 7 tahun tidak
ada berita mengenai durian belanda, akhirnya berita
keajaiban ini ditemukan juga, melalui maklumat
dari lembaga-lembaga tersebut di atas. Pasukan
terbatas ekstrak durian belanda yang di manfaatkan
dan dituai oleh orang-orang pribumi Brazil, kini blh didapati di Amerika.
Durian belanda mempunyai manfaat yang sangat besar
dalam pencegahan dan penyembuhan penyakit
kanser. Daun durian belanda ini katanya sifatnya seperti
kemoterapi, bahkan lebih hebat lagi kerana daun durian belanda hanya membunuh sel sel yang tumbuh
abnormal dan membiarkan sel sel yang tumbuh
normal. Sedangkan kemoterapi masih ada kesan
membunuh sebagian sel sel yang normal.
Sekarang anda tahu manfaat buah durian belanda yang
luar biasa ini. Rasanya manis2 masam
menyegarkan. Buah semulajadi 100% tanpa kesan
sampingan apapun .

KISAH TG DATO HARUN DIN...MASUK DALAM KAABAH

Pengalaman Ustaz Haron Din Masuk Dalam Kaabah

Bahagian Pertama


Saya pernah tawaf di Baitullah seorang diri. Pelik tetapi benar. Waktu itu iaitu empat tahun sudah (2001) saya datang ke Mekah, Allah taala lah yang mengaturkannya, saya dapat peluang untuk masuk ke dalam Kaabah. Sebab saya datang atas tetamu tokey yang membuat dan membersihkan Masjidil Haram.


Pagi itu saya datang awal. Pengawal keselamatan baru memagar keliling Kaabah dan saya dapat masuk ke dalam pagar itu sebab saya ada Pass VIP. Ketika itu tetamu-tetamu lain tak sampai lagi. Ketika itu lah saya tawaf seorang diri di hadapan Kaabah. Lepas saya habis tawaf baru tetamu-tetamu lain sampai.


Ketika itulah saya nampak Hajarul Aswad seterang-seterangnya, ia tidak lagi hitam tetapi sudah kemerah-kemerahan.


Bila pintu Kaabah di buka saya orang yang ke tiga masuk ke dalam. Pertama pembuka pintu Kaabah iaitu daripada Bani Syaibah.


Pembuka pintu itu sudah tua, dia melatih anaknya yang berumur lebih kurang empat tahun untuk membuka pintu Kaabah itu.


Sejarah pintu Kaabah itu, kalau orang yang lain tidak boleh buka. Dia hanya boleh di buka oleh pemegang kunci itu sahaja dari keturunan Bani Syaibah. Bila Nabi meninggalkan Mekah kerana berhijrah ke Madinah, Mekah di kuasai oleh Bani Syaibah. Bani Syaibah ini adalah keturunan yang di amanahkan
untuk memegang kunci kaabah sejak turun temurun.


Bila nabi balik semula ke Mekah dalam tahun 7 hijiriah, berlaku peperangan pembukaan Mekah, nabi menang dan orang Islam berkuasa ke atas Mekah. Nabi menghantar Sayidina Ali untuk mengambil kunci pintu Kaabah daripada Bani Syaibah. Sayidina Ali pergi ke Bani Syaibah dan rampas kunci tersebut. Bani Syaibah serahkan kunci kepada Sayidina Ali tetapi bila pintu Kaabah nak di buka tak boleh. Sekejap sahaja datang Jibrail kepada Nabi membawa wahyu dari Allah.


Al-Quran (An-Nisaa’:58)
Mahfumnya, “Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya”


Nabi bagi balik kunci itu kepada Bani Syaibah, walaupun ketika itu Bani Syaibah belum Islam lagi. Rupa rupanya bila bagi balik, Bani Syaibah kata mesti dia seorang nabi. Kalau dia bukan seorang nabi pasti dia gila kuasa kerana memegang kunci ini adalah satu penghormatan turun temurun. Bila kunci ini dipulangkan balik, ketua Bani Syaibah terbuka hatinya memeluk Islam kemudian semua pengikutnya memeluk Islam sehingga hari ini.


Budak kecil tadi dibawa tangannya untuk pegang kunci oleh bapanya kemudian di buka dan di tolak pintu itu. Saya lihat di depan saya. Berapa besar pintu itu? Berapa tebalnya? Pintu itu dibuat dari Solid Gold beratnya 8 tan. Dia tolak senang sahaja, kemudian kami masuk.


Mula-mula sekali saya pergi sembahyang di satu ruang belakang pintu Kaabah yang menghadap ke arah Hajaral Aswad (dari dalam) iaitu di bahagian Multazam. Selama sejam saya berada di dalam Kaabah itu.
Di dalam Kaabah itu masih ada lampu yang digunakan pada zaman nabi dahulu. Zaman Kerajaan Umaiyyah ditukar lampu lain seterusnya zaman Kerajaan Abasiyah juga tukar lampu. Apabila lampu ditukar, lampu yang lama di simpan di dalam Kaabah. Berpuluh-puluh atau mungkin beratus-ratus lampu lama ada disimpan di dalam itu.


Bahagian Kedua


Saya membantu salah seorang yang terkaya di Saudi Arabia, multi-billionaire, semua projek di Saudi dia yang buat. Dia ada masalah keluarga mintak tolong saya ikhtiarkan. Allah nak tunjukkan bahawa masalah yang dihadapi itu telah terlalu lama, ada duit yang banyak pun tak boleh selesai.


Dia tunggu saya di airport Jeddah dengan jet peribadi. Saya tak pergi imigresen dia terus ambil saya dari tangga kapal terbang terus masuk ke jet dia. Sungguh kuat pengaruh dia, saya tanya passport saya bagaimana, tak ada masalah dia dah uruskan. Naik jet dia pergi ke Madinah. Saya selesaikan masalah dia dengan izin Allah SWT. Lepas itu biasalah adat orang Arab nak bagi itu nak bagi ini sebagai balasan.


Saya kata kepada dia, “Kalau kamu nak masalah itu selesai selama-lamanya dan tak berulang semula, jangan bagi pada aku apa-apa, kalau kamu bagi, aku boleh terima tetapi masalah itu akan berulang balik.”


Dia mintak maaf tetapi dia kata “Aku nak buat sesuatu untuk kamu apa yang kamu nak?”. Saya kata “Ok kalau begitu apa yang aku nak tolong bawak aku masuk ke dalam Kaabah.” Dia kata “Itu mudah sangat, esok pun aku boleh arah buka”. Saya kata “Tak apalah kamu arahlah”. Dia kata “Tak apa itu perkara kecil, mintak yang lain.” Saya kata “Tidak, itu paling besar pada saya. Kalau kamu boleh bawa masuk aku ke dalam Kaabah, itu sudah lebih daripada cukup.”


Akhirnya saya dapat masuk. Saya masuk dengan dia ke dalam Kaabah, itulah kenangan yang tak boleh saya lupa sampai hari ini.




Isnin, 24 Ogos 2015

FATIMAH AZ-ZAHRA(SRIKANDI ISLAM)

Fatimah adalah puteri yang paling dicintai Nabi Saw.sehingga beliau bersabda :”Fatimah adalah darah dagingku, siapa yang menyusahkannya juga menyusahkanku dan siapa yang mengganggunya juga menggangguku”.

Lahir 20 Jamadil akhir tahun kelima sebelum Nabi Saw. menjadi Rasul.Fatimah putri kesayangan Nabi Saw.mendapat gelaran Assidiqah (wanita terpercaya),Athahirah (wanita suci) al-Mubarakah (yang diberikahi Allah), al-Muhadatsah (Yang diajak bicara Jibril as), Al-Batuul, yaitu yang memusatkan perhatiannya pada ibadah atau tiada bandingnya dalam hal keutamaan, ilmu, akhlaq, adab, hasab dan nasab.

Dia popular dengan sebutan Fatimah Azzahra (bunga yang mekar semerbak), sayyidatunnisa-i ahlil jannah (Penghulu para wanita di surga).

Dia membesar dalam suasana kesusahan. Bondanya pergi ketika usianya terlalu muda dan masih memerlukan kasih sayang seorang ibu.
Sejak itu, dialah yang mengambil alih tugas menguruskan rumahtangga seperti memasak, mencuci, mengemas rumah dan menguruskan keperluan ayahandanya.

Di sebalik kesibukan itu, dia juga adalah seorang yang paling kuat beribadah. Keletihan yang ditanggung akibat seharian bekerja menggantikan tugas ibunya yang telah pergi itu, tidak pula menghalang Sayidatina Fatimah daripada bermunajata dan beribadah kepada Allah SWT.
Malam- malam yang dilalui, diisi dengan tahajud, zikir dan siangnya pula dengan sembahyang, puasa, membaca Al Quran dan lain-lain.
Setiap hari, suara halusnya mengalunkan irama Al Quran.

Di waktu umurnya mencapai 18 tahun, dia dikahwinkan dengan pemuda yang sangat miskin hidupnya. Bahkan oleh kemiskinan itu, untuk membayar mas kahwin pun suaminya tidak mampu lalu dibantu oleh Rasulullah SAW. Setelah berkahwin kehidupannya berjalan dalam suasana yang amat sederhana, gigih dan penuh ketaatan kepada Allah dan Rasul-Nya.

Digelar Singa Allah, suaminya Sayidina Ali merupakan orang kepercayaan Rasulullah SAW yang diamanahkan untuk berada di barisan hadapan dalam bala tentera Islam.Lalu, seringlah Sayidatina Fatimah ditinggalkan oleh suaminya yang pergi berperang untuk berbulan-bulan lamanya. Namun dia tetap redha dengan suaminya.
Isteri mana yang tidak mengharapkan belaian mesra daripada seorang suami.Namun bagi Sayidatina Fatimah r.a, saat-saat berjauhan dengan suami adalah satu kesempatan berdampingan dengan Allah SWT untuk mencari kasih-Nya, melalui ibadah-ibadah yang dibangunkan.

Sepanjang pemergian Sayidina Ali itu, hanya anak-anak yang masih kecil menjadi temannya. Nafkah untuk dirinya dan anak-anaknya Hassan, Hussin, Muhsin, Zainab dan Umi Kalsum diusahakan sendiri.
Untuk mendapatkan air, berjalanlah dia sejauh hampir dua batu dan mencedoknya dari perigi yang 40 hasta dalamnya, di tengah bahang mentari padang pasir yang terik.
Kadangkala dia berlapar sepanjang hari. Sering pula dia berpuasa dan tubuhnya sangat kurus hingga menampakkan tulang di dadanya.

Pernah suatu hari, sedang dia tekun bekerja di sisi batu pengisar gandum, Rasulullah datang berkunjung ke rumahnya. Sayidatina Fatimah yang amat keletihan ketika itu lalu meceritakan keperitan hidupnya itu kepada Rasulullah SAW. Betapa dirinya teruk bekerja, mengisar tepung, mengangkat air, memasak serta melayan anak-anak.

Dia berharap agar Rasulullah dapat menyampaikan kepada Sayidina Ali, kalau mungkin boleh disediakan untuknya seorang pembantu rumah. Rasulullah saw merasa belas terhadap penanggungan anakandanya itu.

Namun baginda amat tahu, sesungguhnya Allah memang menghendaki kesusahan bagi hamba-Nya sewaktu di dunia untuk membeli kesenangan di akhirat. Mereka yang rela bersusah payah dengan ujian di dunia demi mengharapkan keredhaan-Nya, mereka inilah yang mendapat tempat di sisi-Nya.Lalu dipujuknya Fatimah r.a sambil memberikan harapan dengan janji-janji Allah.Baginda mengajarkan zikir, tahmid dan takbir yang apabila diamalkan, segala penanggungan dan bebanan hidup akan terasa ringan. Ketaatannya kepada Sayidina Ali menyebabkan Allah SWT mengangkat darjatnya.

Sayidatina Fatimah tidak pernah mengeluh dengan kekurangan dan kemiskinan keluarga mereka.Tidak juga dia meminta-minta hingga menyusah-nyusahkan suaminya.
Dalam pada itu, kemiskinan tidak menghilang Sayidatina Fatimah untuk selalu bersedekah.
Dia tidak sanggup untuk kenyang sendiri apabila ada orang lain yang kelaparan.
Dia tidak rela hidup senang dikala orang lain menderita. Bahkan dia tidak pernah membiarkan pengemis melangkah dari pintu rumahnya tanpa memberikan sesuatu meskipun dirinya sendiri sering kelaparan.

Memang padan sekali pasangan Sayidina Ali ini kerana Sayidina Ali sendiri lantaran kemurahan hatinya sehingga digelar sebagai ‘Bapa kepada janda dan anak yatim’ di Madinah.

Namun, pernah suatu hari, Sayidina Fatimah telah menyebabkan Sayidina Ali tersentuh hati dengan kata-katanya. Menyedari kesilapannya, Sayidatina Fatimah segera meminta maaf berulang-ulang kali.

Apabila dilihatnya air muka suaminya tidak juga berubah, lalu dengan berlari-lari anak dia mengelilingi Sayidina Ali.

Tujuh puluh kali dia ‘tawaf’ sambil merayu-rayu memohon dimaafkan. Melihatkan aksi Sayidatina Fatimah itu, tersenyumlah Sayidina Ali lantas memaafkan isterinya itu.

“Wahai Fatimah, kalaulah dikala itu engkau mati sedang Ali tidak memaafkanmu, nescaya aku tidak akan menyembahyangkan jenazahmu,” Rasulullah SAW memberi amaran kepada puterinya itu apabila perkara itu sampai ke pengetahuan baginda.

Begitu sekali kedudukan seorang suami yang ditetapkan Allah SWT sebagai pemimpin bagi seorang isteri. Betapa seorang isteri itu perlu berhati-hati dan sangat berhalus di saat berdepan dengan suami. Apa yang dilakukan Sayidina Fatimah itu bukanlah disengajakan. Apatah lagi, bukan juga dia merungut-rungut, marah-marah,

meninggi suara, bermasam muka, merajuk atau lain-lain keranah yang menyusahkan Sayidina Ali k.w. Pun Rasulullah SAW berkata begitu terhadapnya.

Semasa perang Uhud, Sayidatina Fatimah telah turut sama merawat luka Rasulullah. Dia juga turut bersama Rasulullah semasa peristiwa penawanan Kota Makkah dan ketika ayahandanya mengerjakan ‘Haji Wida’ pada akhir tahun 11 Hijrah. Dalam perjalanan haji terakhir ini Rasulullah SAW telah jatuh sakit.

Sayidatina Fatimah tetap di sisi ayahandanya. Ketika itu Rasulullah membisikkan sesuatu ke telinga Fatimah r.ha yang membuatkannya menangis, kemudian Nabi SAW membisikkan sesuatu lagi yang membuatkannya tersenyum.

Dia menangis kerana ayahandanya telah membisikkan kepadanya berita kematian baginda. Namun, sewaktu ayahandanya menyatakan bahawa dialah orang pertama yang akan berkumpul dengan baginda di alam baqa’, gembiralah hatinya.

Sayidatina Fatimah meninggal dunia enam bulan setelah kewafatan Nabi SAW, dalam usia 28 tahun dan dimakamkan di Perkuburan Baqi’, Madinah.

Begitu sekali wanita yang utama,agung dan namanya harum tercatat dalam Al-Quran, disusah-susahkan hidupnya oleh Allah SWT.

Sengaja dibuat begitu oleh Allah kerana Dia tahu bahawa dengan kesusahan itu, hamba-Nya akan lebih hampir kepada-Nya. Begitulah juga dengan kehidupan wanita-wanita agung yang lain.

Mereka tidak sempat berlaku sombong serta membangga diri atau bersenang-senang.

Sebaliknya,dengan kesusahan-kesusahan itulah mereka dididik oleh Allah untuk sentiasa merasa sabar, redha, takut dengan dosa, tawadhuk (merendah diri), tawakkal dan lain-lain.

Ujian-ujian itulah yang sangat mendidik mereka agar bertaqwa kepada Allah SWT. Justeru,wanita yang berjaya di dunia dan di akhirat adalah wanita yang hatinya dekat dengan Allah, merasa terhibur dalam melakukan ketaatan terhadap-Nya,dan amat bersungguh-sungguh menjauhi larangan-Nya,biarpun diri mereka menderita.

Itulah Sayyidah Fatimah Azzahra, wanita termulia sepanjang jaman. Dia adalah hasil pendidikan sempurna madrasah Rasulullah Saw. Tidak ada orang yang sangat mirip jalan, cara bicara, akhlak dan kemuliaanya dengan rasulullah Saw selain Fatimah. Fatimah adalah sosok sempurna, cerdas, sederhana, berakhlak mulia dan dibebaskan dari segala dosa. Maka tidak heran kalau Rasul saw bersabda: “Allah ridha dengan keridhaan Fatimah dan marah karena kemarahannya,” . (Al-Hadits).