Selasa, 19 April 2016

7JENIS PERSAHABATAN.

7 JENIS PERSAHABATAN, HANYA 1 SAMPAI AKHIRAT

1. TA'ARUFFAN
Persahabatan yang terjalin secara kebetulan, seperti pernah bertemu di stesyen kereta api, hotel, hospital, pejabat pos, ATM, dan lainnya.

2. TAARIIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor sejarah, misalnya teman sekampung, satu kelas, satu sekolah, satu asrama, dan sebagainya.

3. AHAMMIYYATAN
Persahabatan yang terjalin karana faktor kepentingan tertentu seperti rakan bisnes, politik dan sebagainya.

4. FAARIHAN
Persahabatan yang terjalin kerana faktor hobi, seperti teman futsal, badminton, memancing, dan sebagainya.

5. AMALAN
Persahabatan yang terjalin kerana kerjaya, misalnya sama-sama guru, doktor, arkitek dan sebagainya.

6. ADUWWAN
Sahabat tetapi musuh, depan kita bukan main dia baik lagi tapi bila belakang kita ... Allah! Pijak semut pun tak mati! Talam dua muka. Seperti firman Allah SWT : "Kalau kamu mendapat kebaikan atau kesenangan, ia menyakitkan hati mereka, bila kamu ditimpa musibah, mereka senang hati ..." (Surah Ali Imran : 120)
Rasulullah SAW mengajarkan doa : "Allahumma Ya Allah ... selamatkanlah aku dari sahabat yang bila melihat kebaikanku dia bersembunyi tetapi bila dia melihat keburukanku dia sebarkan."

7. HUBBAN LIMAANAN
Sebuah ikatan persahabatan yang lahir batin, tulus saling cinta dan sayang kerana ALLAH Azza wa jalla, saling menolong, menasihati, menutupi aib sahabatnya, memberi hadiah, bahkan diam-diam dipenghujung malam, ia doakan sahabatnya. Boleh jadi ia tidak bertemu tetapi ia cinta sahabatnya kerana Allah Ta'ala.

Dari 7 macam persahabatan di atas, 1 - 6 akan LENYAP di Akhirat. Yang tinggal hanya 1 ikatan persahabatan iaitu persahabatan yang ke-7. Persahabatan yang terjalin kerana Allah Taala seperti firman Allah SWT:

"Pada hari itu (Kiamat) sahabat - sahabat karib akan menjadi musuh bagi yang lain kecuali persahabatan kerana ketaqwaan"

(Surah Az-Zukhruf :67)

Semoga dieratkan persahabatan kita kerana Allah. Aamiin...

Jumaat, 1 April 2016

TANDA ORANG YANG TERIMA TAUFIK DARI ALLAH

ADAKAH kita termasuk di kalangan orang yang SUDAH menerima TAUFIK dari ALLAH?

#Disebutkan di dalam kitab Hikam Al Imam Ibnu Athoillah As Sakandari RahimahuLlah:

Antara tanda orang yang mendapat "TAUFIK" dari Allah ada tiga...

Orang yang ada tiga tanda ini, maka inilah orang yang mendapat "TAUFIK" daripada Allah:

1. Tanda pertama adalah orang ini "DIPERMUDAHKAN OLEH ALLAH" untuk dia buat ibadah walaupun dia tiada niat untuk membuat benda baik.

Dia jadi mudah nak buat kebaikan,jadi mudah untuk sembahyang malam,jadi mudah untuk membaca Quran,jadi mudah untuk ke masjid, jadi mudah untuk taat pada ibu bapa.Walaupun dia tak ada niat.

Ini tanda pertama orang yang mendapat "TAUFIK" dari Allah..

Disebutkan oleh Imam Ghazali RahimahuLlah:

"Sesungguhnya orang yang BANYAK DOSA kepada Allah itu menyebabkan dia menjadi PAYAH/SUKAR untuk beribadah kepada Allah ."

Kita ini bila dosa banyak payah bangun sembahyang malam, kita ini bila banyak dosa payah nak baca Quran,kita ini bila banyak dosa payah nak buat kebaikan,kita ini bila banyak dosa payah nak datang ke masjid,kita ini bila banyak dosa payah nak taat pada ibu bapa.

2. Tanda kedua adalah Allah "MENJAUHKAN" dia dari melakukan "MAKSIAT". Walaupun dia berusaha ada niat nak buat jahat dan maksiat tapi Allah jauhkan diri dia dari melakukan maksiat itu. Dia usaha nak buat jahat, dia usaha tak nak datang masjid dan majlis ilmu tapi Allah ringankan dia duduk di dalam masjid dan mendengar majlis ilmu walaupun asalnya dia ada berniat tak nak datang pun.

Itu tanda kedua orang yang mendapat "TAUFIK" dari Allah..

Disebutkan di dalam hadis Nabi Sallallahu 'Alaihi Wasallam:

"Antara tanda orang yang Allah sayang kepada seseorang hamba itu adalah Allah menjemput dia datang ke Rumah Allah walaupun rumahnya jauh dari Masjid."

Rumah dia jauh dari masjid tapi dia datang ke masjid.Itu tanda orang yang mendapat "TAUFIK" dan "HIDAYAH" oleh Allah.

Orang ini adalah orang yang "ALLAH SAYANG".

Sebaliknya,orang yang "ALLAH BENCI" adalah walaupun rumahnya di tepi masjid saja.Itu belum tentu lagi dia akan datang di Rumah Allah untuk solat secara berjemaah kerana Allah tidak memilihnya walaupun rumahnya dekat dengan Masjid.

3. Akhir sekali tanda orang yang mendapat "TAUFIK" adalah orang yang Allah berikan kepada dirinya untuk "MELIHAT/NAMPAK KEAIBAN DIRINYA".

Dia nampak "KELEMAHAN DIRINYA" lalu dia "BERDOA" kepada Allah.

Dia nampak diri dia "LEMAH", dia nampak diri dia "BANYAK DOSA", dia nampak diri dia ada "SALAH" maka dia tak nampak "KEAIBAN ORANG LAIN" melainkan hanya nampak aib dirinya sendiri bukannya aib orang lain.

Dia lebih "SIBUK MENGHUKUM HATINYA" daripada sibuk menghukum hati org lain(sangka buruk).

العاصي حاقر فى الدنيا والاخرة.

Khamis, 10 Mac 2016

SIFAT KAUM KAFIR DAN MUNAFIK

SIFAT KAUM KAFIR DAN MUNAFIK

SURAH MUHAMMAD AYAT: 1,

SIFAT KAUM KAFIR DAN MUNAFIK IALAH DIA TIDAK SUKAKAN ISLAM DAN HUKUM ISLAM. KEMUDIAN DIA HALANG ORANG LAIN HENDAK IKUT ISLAM.

Siapakah yang lebih baik  Islam dan imannya di antara parti-parti politik ini???...

a. PAS dibawah kepimpinan ulamak (redha hukum islam dan kepimpinan ulamak),

b. UMNO dibawah kepimpinan Datuk Sri Najib PM Malaysia,
c. PKR di bawah kepimpinan Dato’ Sri Anwar Ibrahim

d. DAP di bawah kepimpinan Lim Keat siang / Lim Guan Eng

e. PAN di bawah kepimpinan Mat Sabu.

***Kafir bermaksud ingkar + membantah + menolak + menentang + menghalang dirinya dan orang lain nak ikut ajaran islam…

***Segala amalan baik mereka terbatal (tiada balasan pahala).


Lihat maksud surah muhammad ayat: 1,


Orang-orang yang kafir serta menghalangi (dirinya dan orang lain) dari jalan Allah, Allah sia-siakan segala amal mereka.
(Muhammad 47:1)

Lihat firman Allah seterusnya surah Ali Imraa ayat: 98-99,


Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu ingkarkan keterangan-keterangan Allah, padahal Allah sentiasa menyaksikan apa yang kamu lakukan?"
(A-li'Imraan 3:98)


Katakanlah: "Wahai Ahli Kitab! Mengapa kamu menghalangi orang-orang yang beriman daripada menurut jalan jalan (agama Islam), kamu hendak menjadikan jalan Allah itu bengkok terpesong, padahal kamu menyaksikan (kebenarannya)? "Dan (ingatlah), Allah tidak sekali-kali lalai akan apa yang kamu lakukan.
(A-li'Imraan 3:99)

Lihat firman Allah seterusnya surah An Nisaa ayat: 61 & 65,

***sesiapa sahaja yang menolak hukum islam adalah kafir atau munafik.


Dan apabila dikatakan kepada mereka: "Marilah berhakim kepada hukum Al-Quran yang telah diturunkan oleh Allah dan kepada hukum Rasulullah," nescaya engkau melihat orang-orang munafik itu berpaling serta menghalang (manusia) dengan bersungguh-sungguh daripada menghampirimu.
(An-Nisaa' 4:61)

ALLAH PERINTAHKAN UMAT ISLAM YANG BERIMAN DAN BERTAKWA BERPECAH  DARI KAUM KAFIR DAN MUNAFIK.

Lihat maksud firman Allah surah An Nisaa ayat: 63,


Mereka itulah orang-orang yang diketahui oleh Allah akan apa yang ada dalam hati mereka, oleh itu berpalinglah engkau daripada mereka, dan nasihatilah mereka, serta katakanlah kepada mereka kata-kata yang boleh memberi kesan pada hati mereka.
(An-Nisaa' 4:63)

***Tanda beriman ialah redha hukum islam dan kepimpinan ulamak.

Lihat maksud firman Allah surah An Nisaa ayat: 65,


Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam mana-mana perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya.
(An-Nisaa' 4:65)

PENGAJARAN.

Inilah dalilnya Sesiapa yang menentang PAS untuk melaksanakan hukum islam adalah kafir  + munafik + zalim + fasik. Tempat kembalinya ialah neraka.

MARILAH KITA BERSATU ATAS DASAR ISLAM IAITU PAS + UMNO + PAN + PKR (MUSLIM) + DAP (MUSLIM) MENJADI PEMBELA ISLAM DAN PEMBELA KEPADA KEPIMPINAN ULAMAK  DEMI ISLAM + IMAN + TAKWA + UKHWAH + KEREDHAAN ALLAH.

Umat manusia akan selamat jika mereka berdamping dengan Al Qur’an + Sunnah Rasulullah saw + alim ulamak.

Justeru setiap umat Islam WAJIB memilih PAS yang dipimpin oleh ulamak dalam perjuangan politiknya demi Islam + iman + takwa.

INGATLAH!!!...

Sesiapa sahaja yang menentang , membantah, menghalang perjuangan PAS yang hendak mendaulatkan Islam dan hukum Islam melalui politik Islam adalah musuh islam (kafir + munafik + zalim + fasik). Tempat kembali mereka ialah neraka..

NASIHAT SAYA!!!...

Selamatkan diri anda + ahli keluarga anda + masyarakat anda + pemimpin anda dari kemurkaan Allah dengan bersatu menjadi penyokong dan pendokong pas yang dipimpin oleh ulamak.

CONTOH ALIM ULAMAK BERIMAN DAN BERTAKWA (GOLONGAN SOLEH) DI MALAYSIA PADA MASAKINI:-

Tuan Guru Dato’  Dr Harun Din  Mursyidul AM PAS (Bekas Profesor) + Tuan Guru Haji Abdul Hadi Awang (Presiden PAS / Bekas MB Terengganu) +  Datuk Ahmad Yaakob sebagai Timbalan Mursyidul AM PAS (Menteri  Besar kelantan). + Datuk Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man (Timb. Presiden PAS/Bekas Pensyarah UITM Pahang)  + Dato’ Ustaz Ismail Kamus (Bekas Mufti) + Datuk Ustaz Taib Azamuddin (Bekas Imam Besar Masjid Negara Malaysia) +  Ustaz Sidek Noor Ketua Dewan Ulamak PAS Perak + Al Fathil Ustaz Rosli Jabar Pesuruhjaya PAS Pahang Dan semua ulamak yang berada dalam PAS...

IKUTILAH CONTOH SEPERTI MEREKA YANG  ISTIQAMAH DALAM PERJUANGAN ISLAM SEHINGGA AKHIR HAYAT:-

***Al Marhum Dato’ Ustaz Fadzil  Noor  + Al Marhum Ustaz  Dato’ Ishak Baharom (Bekas Mufti) + Al Marhum Dato’ HashimYahya (Bekas Mufti) + Al Marhum Tok Guru Nik Abdul Aziz nik Mat (Mursyidul AM PAS/ Bekas Menteri Besar Kelantan).

***INGAT PESANAN AL MARHUM DATO’ HASHIM YAHYA (BEKAS MUFTI WILAYAH):

“Umat Islam hilang jati diri kerana salah pilih pemimpin”

***INGAT PESANAN DATUK USTAZ  TAIB AZAMUDDIN (BEKAS IMAM MASJID NEGARA MALAYSIA):

“Umat Islam Berpecah Kerana Tidak Faham Dengan Politik Islam”

***INGAT PESANAN TUAN GURU HAJI ABDUL HADI AWANG:

“Istiqamah Bersama PAS Hingga Kemenangan”

***INGAT PESANAN AL MARHUM TOK GURU NIK AZIZ:

“Pilihlah Pemimpin Yang Selamat Di Dunia Dan Selamat Di Akhirat”

“MEMBANGUN BERSAMA ISLAM”

***INGAT PERINTAH ALLAH!!!...

Surah Yaa Siin ayat: 21,

"Turutlah orang-orang yang tidak meminta kapada kamu sesuatu balasan, sedang mereka adalah orang-orang mandapat hidayah petunjuk".
(Yaa Siin 36:21)

SOKONG ISLAM ANDA SELAMAT.

10.3.2016

Jumaat, 4 Mac 2016

SOLAT GERHANA MATAHARI..9/3/2016

PANDUAN SOLAT SUNAT GERHANA BULAN/MATAHARI

HUKUM SOLAT GERHANA
Sunat Muakkad ( مـؤكـدة )

CARA-CARA SOLAT
Dua (2) rakaat seperti sembahyang sunat yang lain. Cuma bezanya sebagaimana yang masyhur ia mempunyai 2 kali ruku’ dan 2 kali qiam di dalam satu rakaat. Ianya sunat ditunaikan secara berjemaah di Masjid/Surau dan boleh juga secara bersendirian.

CARA-CARA PELAKSANAANNYA
Solat gerhana matahari dan bulan ini boleh dilakukan dengan 3 cara :
Bagi gerhana matahari, bacaan dalam solat dibaca dengan diperlahankan suara ; adapun bagi gerhana bulan bacaan hendaklah dibaca dengan diangkat suara seperti mana-mana solat malam.

Cara Pertama :
Cara yang paling ringkas. Iaitu hendaklah ditunaikan dengan dua
rakaat sepertimana solat sunat zuhur atau mana-mana solat sunat.

Cara Kedua :
Disebut dengan “ الكمال أدنى ” iaitu hendaklah ditunaikan dengan
dua rakaat, dengan dua kali qiam dan dua ruku’ pada tiap-tiap satu
rakaat, disertai dengan bacaan al-Fatihah dan surah dalam tiap-tiap
qiam itu.

Bagi kita di Malaysia ini, cara yang kedua inilah yang paling mudah dilaksanakan. Selepas takbir, dibaca doa iftitah dan al-Fatihah. Selepas selesai al-Fatihah, dibaca surah (mana-mana surah yang mampu). Kemudian ruku’ dan bangkit semula (qiam kedua). Di dalam qiam kedua ini dibaca al-Fatihah dan juga surah. Kemudian ruku’ semula (dipanggil ruku’ kedua).

Apabila bangkit I’tidal, terus sujud sebanyak dua kali. Apabila selesai sahaja dari sujud kedua dan bangkit barulah selesai rakaat yang pertama. Begitulah caranya bagi rakaat yang kedua.

Cara Ketiga :
Cara yang paling sempurna. Caranya adalah seperti juga yang kedua akan tetapi dalam rakaat yang pertama dan qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Baqarah ataupun mana-mana surah yang sama panjang dengannya. Di dalam rakaat yang pertama juga tetapi qiam yang kedua dibaca surah ali-Imran. Dalam rakaat yang kedua qiam yang pertama hendaklah dibaca surah al-Nisa’, dan dalam qiamyang kedua pada rakaat kedua dibaca surah al-Maaidah. Kemudian hendaklah bertasbih dalam ruku’ yang pertama dengan kadar bacaan 100 ayat, dalam ruku’ yang kedua 80 ayat, ruku’ ketiga 70 ayat dan ruku’ yang keempat 50 ayat.

Waktunya
Waktu bagi solat gerhana matahari dan bulan ialah bermula dari ketika berlakunya gerhana sehinggalah selesai.

Tempat Solat
Solat gerhana sunat dilakukan di masjid atau surau atau mana-mana tempat yang biasa dilakukan solat berjemaah.

ATURAN SOLAT GERHANA
1. Disunatkan mandi sebelum solat.
2. Bilal Menyeru :
" الصـلة جامـعة "
3. Berdiri lurus mengadap kiblat.
4. Berniat mengerjakan solat gerhana.

(1) Lafaz niat untuk gerhana bulan

اصلى سنة خسوف القمر ركـعتين مـأمومـا لله
تعـالى
“ Sahaja aku solat sunat gerhana bulan dua rakaat makmum kerana Allah
Ta’ala”.

(2) Lafaz niat untuk gerhana matahari

اصلى سنة كسوف الشمس ركـعتين
مـأمومـا لله تعـالى

“ Sahaja aku solat sunat gerhana matahari dua rakaat makmum kerana Allah Ta’ala”.

5. Takbiratul Ihram. Doa Iftitah, Bacaan Al-Fatihah dan Surah.
6. Ruku’ serta tasbihnya dan qiam semula.
7. Baca al-Fatihah dan Surah.
8. Ruku’, I’tidal kemudian sujud 2 kali (seperti biasa).
9. Kemudian qiam semula untuk mengerjakan rakaat kedua.
10. Baca al-Fatihah dan Surah.
11. Ruku’ berserta tasbihnya dan qiam semula.
12. Baca al-Fatihah lagi dan Surah.
13. Kemudian ruku’ I’tidal dan sujud 2 kali, baca tasyahhud akhir dan salam.
14. Selepas itu dibacakan khutbah khas sempena gerhana. Dua kali khutbah (seperti khutbah Hari Raya).

INGATAN :
1. Makmum yang tertinggal ruku’ yang pertama samada dalam rakaat pertama atau
rakaat kedua, adalah dikira tidak mendapat rakaat itu dan dia hendaklah
menyempurnakan rakaat yang luput itu selepas Imam memberi salam.

2. Maklumat lanjut sila ruju’ kitab Sabilal Muhtadin, karangan Sheikh Mohd Arshad bin Abdullah Al-Banjari, (Juz. 2 Hal. 58-60).

3. Sembahyang sunat gerhana matahari, segala bacaannya dilakukan dengan suara perlahan ( سر), manakala bagi sembahyang sunat gerhana bulan, segala bacaannya dilakukan dengan suara yang nyaring ( جـهر).

Disediakan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu.

Perintis & Peneraju Falak Syari di Malaysia

Yang benar,

(Syed Kamarulzaman bin Syed Kabeer)

YANG DIPERTUA
Persatuan Falak Syar’i Malaysia

Jumaat, 19 Februari 2016

BOLEHKAH WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KEKUBUR

BOLEHKAH WANITA MENGHANTAR JENAZAH SUAMINYA KEKUBUR.

Rakaman ini dibuat di kelas Dhuha Muslimat bersama Habib Ali Zaenal Abidin Bin Abu Bakar Al-Hamid di Masjid Darul Ehsan, Tmn Tun Abdul Razak, Ampang.

Habib membahaskan tafsir ayat surah Al-Baqarah ayat 234-237. Ayat 234 ada kaitan dengan soalan yang ditanyakan, dan disebabkan banyak berlaku kesilapan dalam hal ini diakhir zaman ini.

■Jawapan:
TIDAK BOLEH, !!
khususnya bagi isteri yg suaminya yang meninggal, kerana iddahnya telah bermula, dan isteri tidak boleh keluar meninggalkan rumah suami kecuali darurat.

↔Darurat ini bukan mengikut persepsi kita, tapi mengikut apa yg ditetapkan oleh syarak. Antara sebab yang dibenarkan untuk meninggalkan rumah suami adalah jika keselamatannya terancam. Sebab2 seperti ingin menziarahi kubur, atau menghadiri majlis ilmu tidaklah termasuk sebab yg darurat.

↪Ibadah mesti mengikut cara yang diatur oleh Allah, bukannya mengikut hawa nafsu. Jadi, kalau ingin suami yang meninggal mendapat redha Allah Ta'ala, isteri tidak boleh keluar daripada rumah suaminya selama 4 bulan 10 hari. Yang beri suami dan yang tak izinkan keluar ialah Allah SWT, jadi kita kena patuhi arahan Allah dan bukan dengar apa masyarakat kata.

■Ambil iktibar daripada kisah Ummu Salamah yang pada asalnya ingin menunjukkan cara ratapan luar biasa ketika suaminya meninggal. Tetapi setelah dilarang oleh Nabi SAW, dia akur dan menurut apa yang diajar Rasulullah ﷺ, dan akhirnya diganjar Allah dengan dia akhirnya diperisterikan oleh lelaki terbaik, iaitu baginda RasuluLlah ﷺ sendiri. Iktibarnya – bilamana mendahulukan Allah, pasti ada ganjaran tak kira sama ada akan diberikan ketika di dunia ataupun disimpan utk akhirat.

■Isteri tidak perlu merasa bersalah dengan anggapan masyarakat yang mungkin mengatakan –“Isterinya tak hantar suaminya ke kuburlah.” Dan isteri juga tak perlu rasa bersalah dan membuat helah seperti isteri ikut tapi duduk dalam kereta saja, atau duduk jauh sikit daripada tempat dikebumikan. Perasaan bersalah itu perlu diambil kira berdasarkan hukum Allah, dan bukan hukum budaya masyarakat. Jangan takut apa orang cakap.

■Pada zaman RasuluLlah ﷺ sudah ada golongan wanita yang nak ikut ke kubur, lalu Nabi ﷺ bertanya kepada mereka, “Kamu nak pergi kubur, adakah kamu pikul jenazah itu? Jawab mereka, “Tidak.” Baginda RasuluLlah ﷺ bertanya lagi, “Adakah kamu akan masuk ke dalam kubur untuk menguburkan jenazah?” Jawab mereka, “Tidak.” Lalu Rasulullah ﷺ berkata, “Kamu balik kamu dapat ganjaran, lebih baik daripada kamu ikut dan kamu dapat dosa.”

↔Ini bukan menunjukkan yang agama ini tiada perasaan kepada kaum wanita. Hari ini orang akan mengatakan seorg isteri tak penuhi hak suami jika isteri tak hantar jenazah ke kubur. Lama-kelamaan orang akan kata tak penuhi hak suami jika tak semua ahli keluarga hadir di kubur. Generasi akan datang pula akan kata tak penuhi hak suami jika tak masuk dalam kubur. Perubahan demi perubahan akan berlaku jika ianya dicipta mengikut akal fikiran manusia atau budaya tempatan yang sumbernya tak tetap. Tapi jika ikut hukum Allah, ia sama saja tak kira di mana berada – Malaysia, Indonesia atau Yaman dll.

■Jika ada yang kata, “Eh awak tak penuhi hak suami awaklah.
Jawab padanya, “Eh, Allah yang suruh saya tak ikut.” Oleh itu, pastikan apa yg kita buat itu adalah sesuai mengikut apa yang Allah Ta'ala suruh.

■Jika ikut cakap orang kita dapat dosa, tapi ikut cakap Nabi ﷺ, yang tak pernah bercakap kecuali ianya wahyu daripada Allah Ta'ala, kita akan dapat pahala. Maka, rugi jika seseorg itu ikut cakap orang !
Di akhirat nanti bukan kawan itu yang akan membela kita di hadapan ALlah, bahkan dia akan menjauh daripada kita.

■Jika isteri ingin melihat suami buat kali terakhir atau ingin solatkan, bawa jenazah pulang ke rumah sebelum dikebumikan. Siapa kata jenazah tak boleh dibawa pulang ke rumah jika telah dimandi (dan disolatkan) di masjid?

■Jika ingin solatkan, baca Quran atau apa saja – buat di rumah agar isteri tak perlu keluar. Kalau boleh mandikan di rumah lebih baik, tapi kalau tak boleh, bawa ke masjid, dan kemudian bawa balik ke rumah. Nak buat tahlil di masjid boleh, tapi isteri buat di rumah saja.

■Isteri tak boleh keluar menunggu suami dimandikan di masjid atau seumpamanya, kerana iddah bermula setelah suami meninggal.

■Perempuan, kalau nak pergi ke kubur, pergi pada hari selain daripada hari pengkembumian. Kecuali, jika satu Kg. itu tiada lelaki, semuanya perempuan. Maka, dalam hal ini  perempuan yang bawa jenazah, yang gali kubur, yang kebumikan, yang uruskan semuanya.

■Perempuan bukan dilarang pergi ke kubur, tapi risau berlaku perkara yang tidak sesuai dengan syarak jika ikut bersama lelaki yang menguruskan jenazah.
Kita pun lihat sendiri banyak berlaku, perempuan ahli keluarga duduk di hadapan kubur, dan sekelilingnya semuanya lelaki. Batasan antara lelaki dan perempuan tak lagi diperhatikan. Tambahan pula kalau perempuannya tidak menjaga cara berpakaian yang sopan dan menurut syarak.

■Biarkan org lelaki siap menguruskan. Esok pagi2, baru anak dan ahli keluarga pergi untuk bacakan Yasin ke… dan akan dapat baca dalam keadaan tenang dan tak bercampur dengan lelaki.

■Ambil iktibar daripada kisah anak perempuan Nabi Syuaib, yang ketika ingin mengambil air daripada perigi. Walaupun memerlukan, mereka tidak beratur bersama lelaki, tetapi mereka tunggu jauh daripada perigi sehingga lelaki selesai, baru mereka akan ambil air. Sama juga kalau nak ziarah kubur, tunggu org lelaki selesai dulu, pergi keesokan harinya.

■Terdpt banyak perbahasan ulama dalam kes isteri yang kematian suami dan perlu keluar bekerja, kerana memang sukar mendapatkan cuti selama 4 bulan 10 hari. Dlm keadaan darurat, seseorg dibenarkan melakukan sesuatu yang haram sekalipun. Dalam hal ini, kalau isteri bekerja, perlu dilihat adakah pekerjaan itu keperluan darurat atau tidak. Kalau dengan dia tidak bekerja, tapi keperluan asasnya dapat dipenuhi, maka itu bukan darurat yang membolehkan dia untuk keluar bekerja. Tapi, kalau dengan dia tak bekerja, dia tak boleh makan, atau anak2nya tiada yang menanggung, atau keluarga suaminya tidak mampu menanggungnya, walhasil, dia ada sebab yang menyebabkan dia tidak boleh berhenti kerja, tapi sebab dan daruratnya itu perlu diambil kira oleh syarak dan bukan oleh diri sendiri. Jadi, dlm hal ini, dia boleh keluar bekerja tetapi tetap tidak boleh meninggalkan tuntutan lain seperti berhias, dan melakukan hanya yang diperlukan sahaja dan keluar dari rumah pergi kerja, dan kemudian pulang ke rumah, dan tidak pula singgah di tempat-tempat yang tak berkaitan. Kalau nak pergi kedai, cuma untuk keperluan beli makanan dan minuman sahaja.

Wallahu'alam bissawab.
Semoga bermanfaat.

Isnin, 15 Februari 2016

CINTAKAN DUNIA..TAKUTKAN MATI

Jauhkan Diri Daripada Cinta Pada Dunia Dan Takutkan Mati.

Daripada Tsauban r.a. berkata: Rasulullah SAW. bersabda yang bermaksud :
"Hampir tiba suata masa di mana bangsa-bangsa dan seluruh dunia akan datang mengerumuni kamu bagaikan orang-orang yang hendak makan mengerumuni talam hidangan mereka".

Maka salah seorang sahabat bertanya "Apakah dari kerana kami sedikit pada hari itu?"
Nabi SAW. menjawab, "Bahkan kamu pada hari itu banyak sekali, tetapi kamu umpama buih di waktu banjir, dan Allah SWT. akan mencabut rasa gerun terhadap kamu dari hati musuh-musuh kamu, dan Allah SWT. akan mencampakkan ke dalam hati kamu penyakit 'wahan".

Seorang sahabat bertanya, "Apakah wahan itu hai Rasulullah?"

Nabi Muhammad SAW. menjawab, "Cinta pada dunia dan takut pada mati".

(Hadis Riwayat Abu Daud)

Cara-cara untuk menghidupkan hati yang mati adalah :

1. Membaca al-Quran, dan meneliti terjemahannya.

Firman Allah SWT. yang bermaksud, “Dan kami turunkan dari al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang-orang yang beriman, dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang-orang zalim selain kerugian.”
(Surah al-Isra’ ayat 82)

2. Berzikir. kepada Allah SWT.

Seorang pemuda bertanya kepada Rasulullah SAW :  “Ya Rasulullah, sesungguhnya pintu-pintu kebaikan itu banyak, tapi aku tak mampu melakukan seluruhnya. Beritahukanlah kepadaku nasihat apa yang dapat aku pegang teguh, nasihat yang singkat sehingga aku tidak mudah melupakannya.”

Rasulullah SAW menjawab, “Basahlah lidahmu selalu dengan zikrullah.”
(Hadis Riwayat Tirmizi)

Dari Abu Musa r.a. Rasulullah SAW besabda yang bermaksud : “Perumpamaan orang yang berzikir dengan yang tidak berzikir, seperti orang yang hidup dan orang yang mati.”
(Hadis Riwayat Bukhari)

3. Beristighfar kepada Allah SWT.

Firman Allah SWT. yang bermaksud : “Dan tidaklah Allah akan mengazab mereka, sedang mereka meminta ampun (istighfar)” (Surah Al-Anfal ayat 33)

Sabda Rasulullah SAW  yang bermaksud : “Sesungguhnya syaitan itu berkata kepada Allah : ‘Demi Izzah-Mu ya Allah, aku tidak akan berhenti menggoda hamba-hamba-Mu selama nyawa-nyawa mereka masih ada dalam jasad-jasad mereka. Maka Allah SWT. menjawab. ‘Demi Izzah-Ku dan keagongan-Ku, Aku akan mengampuni mereka selama mereka beristighfar memohon ampun kepada-Ku.” (Hadis Riwayat Imam Ahmad dan Al-Hakim)

4. Sentiasa menuntut ilmu dan menghadirkan diri di majlis ilmu.

Allah memberikan keutamaan dan kemuliaan bagi orang-orang yang berilmu dalam firman-Nya dalam Al-Quran surat Al-Mujadalah ayat 11 : “Allah akan meninggikan orang-orang yang beriman diantaramu dan orang-orang yang diberi ilmu pengetahuan beberapa derajat”.
Orang-orang yang berilmu akan pula dimudahkan jalannya ke syurga oleh Allah SWT dan senantiasa didoakan oleh para malaikat.

5. Banyak bersedekah.

Sifat suka bersedekah kepada fakir miskin akan menimbulkan rasa keinsafan dan kesedaran dalam diri seseorang. Terkikis sifat bakhil dan mementingkan diri sendiri.

Nabi SAW bersabda maksudnya : “Tidaklah hamba-hamba Allah bangun di pagi hari, kecuali disertai dengan turunnya dua malaikat. Salah satu dari keduanya lalu berkata : ‘Ya Allah berilah orang yang berinfaq ganti (dari barang yang diinfaqkan)’. Dan salah satu lagi berkata ; ‘Ya Allah berilah orang yang menahan (bakhil) akan kerugian.” (Hadis Riwayat Bukhari dan Muslim)

Dalam hadis yang lain sabda Rasulullah SAW. yang bermaksud : “Sungguh sedekah itu akan memadamkan kemarahan Tuhan dan menghindarkan dari kematian yang buruk (su’ul khatimah).”  (Hadis Riwayat al-Tirmizi)

Rabu, 4 November 2015

SIHIR DAN SAKA..ADA JALAN PENYELESAIANNYA.

Sabun Mandian Bidara.

Adakah anda dan keluarga terkena sihir dan saka?. Jika ya jom guna sabun mandian Bidara sebagai usaha dan ikhtiar kita.
SABUN DAUN BIDARA

IKHTIAR menyelesaikan masalah dibelenggu gangguan Jin,Sihir,Saka dan Masalah Penyakit Kulit akibat pelbagai gangguan.

- Diperbuat daripada Daun Bidara TULEN
- Daun Bidara kami diimport secara terus dari Arab Saudi
- Telah dibacakan ayat-ayat Ruqyah sebanyak 2 kali oleh:
☑ Sheikh Khalid Al Abdullah yang merupakan tokoh ulama setempat
☑ Sheikh Abdul Rahman Mohamed seorang tokoh ulama yang merupakan pengasas produk ini sendiri.


- Sabun ini dalam bentuk cecair krim yang melembutkan kulit kerana telah dicampur bahan pelembut alami (Sesuai digunakan untuk kulit bayi & Ibu Mengandung )
- Sabun berbau Wangi kerana dturut dicampur pewangi Pati Bunga yang menghasilkan bau Wangi lagi menyegarkan
- Sangat Berkhasiat sebagai Pengawet kulit dan Anti
- Penuaan
- Membantu melindungi kulit dari pelbagai Masalah Radikal Bebas
- Membantu Memulih & Mengatasi Simptom Lemah Semangat & Jantung Berdebar-debar
- Mempunyai KELULUSAN KKM & HSA Singapura
- Ketahanan penggunaan utk 1 botol sabun Lebih kurang 2 - 3 minggu ( bergantung kepada cara penggunaan)
- Sabun boleh dikongsi pakai bersama-sama seisi keluarga
- Boleh digunakan oleh wanita yang sedang dalam Hadas
- Boleh digunakan sebagai sabun mandian untuk bayi & kanak-kanak
- Boleh dibawa masuk ke dalam tandas
- Boleh dibancuhkan dengan air dan dimasukkan ke dalam botol untuk Semburan
- Boleh juga digunakan oleh Non- Muslim

SIAPA yang perlu untuk GUNAKAN Sabun Daun Bidara ini?
* Mereka yang tidak dapat bersatu antara suami isteri
* Suami isteri sering bergaduh tanpa sebab
* Bantu meredakan HISTERIA
* Kepala, Tengkuk dan Bahu terasa berat
* Sakit kepala Yang berpanjangan
* Susah Tidur Malam
* Rasa Malas untuk berbuat ibadah
* Sering rasa letih dan tidak bermaya
* Sering nampak kelibat
* Sering Merasa Resah dan Takut tanpa sebab
* Selalu merasa diri diperhatikan
* Badan sering terasa panas
* Kerap Mimpi buruk , dikejar binatang berbisa dan jatuh dari tempat yg sangat tinggi
* Berat mendapat jodoh
* Anak Kecil sering menangis malam
* Dan Pelbagai Ganguan yang berkaitan Sabun Daun Bidara keluaran kami telah terbukti BANYAK membantu ramai pengguna yang menghadapi pelbagai masalah gangguan .
Call/whatsupp..0196424825 untuk dapatkan produk.