Hari Budak Perempuan Antarabangsa disambut esok
October 10, 2014
Unicef
BANGKOK - THAILAND. Hari Budak Perempuan Antarabangsa disambut esok dalam keadaan dunia yang menyaksikan berjuta-juta kaum wanita menjadi mangsa pelbagai bentuk keganasan fizikal di seluruh dunia.
“Masalahnya bersifat global, tetapi penyelesaiannya perlu dicari di peringkat nasional, masyarakat dan keluarga. Setiap daripada kita bertanggungjawab melindungi, mendidik dan mengupayakan golongan remaja.
"Kita semua bertanggungjawab menghentikan keganasan yang dilakukan terhadap budak perempuan," kata timbalan pengarah eksekutif Unicef Geeta Rao Gupta dalam kenyataan hari ini.
Menjelang sambutan itu, Unicef akan mengeluarkan himpunan data yang mendedahkan kedahsyatan keganasan yang dialami remaja perempuan serta sikap mengejutkan yang memburukkan lagi perbuatan tidak berperikemanusiaan itu.
Data itu, antara lain, menunjukkan bahawa di sesetengah negara, tujuh daripada 10 budak perempuan berusia dalam lingkungan usia 10 hingga 15 tahun, yang menjadi mangsa penderaan fizikal dan/atau seksual, tidak pernah meminta bantuan kerana kebanyakan mereka berpendapat ia bukan suatu penderaan atau tidak menganggapnya sebagai suatu masalah.
Hari ini, di seluruh dunia, lebih 700 juta wanita berkahwin sebelum berusia 18 tahun. Lebih satu daripada setiap tiga wanita (kira-kira 250 juta) pula menjadi isteri sebelum berusia 15 tahun.
Menurut Unicef, data itu mendedahkan persepsi menakutkan tentang penerimaan perbuatan ganas, terutama dalam kalangan budak perempuan.
Secara global, hampir separuh daripada budak perempuan berusia 15 hingga 19 tahun percaya bahawa tidak menjadi kesalahan bagi seseorang lelaki memukul isteri atau pasangannya dalam keadaan tertentu seperti kerana enggan melayan nafsu seks, meninggalkan rumah tanpa kebenaran, bertengkar, mengabaikan anak-anak atau tidak menyediakan makanan.
Perhimpunan Agung Bangsa Bersatu mengisytiharkan tarikh 11 Oktober sebagai Hari Budak Perempuan Antarabangsa melalui resolusi yang diterima pakai pada 19 Disember 2011. - Bernama

Tiada ulasan:
Catat Ulasan