Khamis, 28 Jun 2018

HAJI..SATU DARI RUKUN ISLAM

Haji..
Salah satu dari rukun Islam..diwajibkan keatas mereka yang mempunyai kemampuan!Mampu dari segi kesihatan diri dan mampu pada harta atau kewangan.

Setiap tahun bagi mereka yang dah layak dan mampu akan mendapat jemputan sebagai tetamu Allah..duyufurrahman.Beruntung dan bertuahlah mereka yang terpilih.

Nama dah terpilih surat jemputan dari TH dah dapat..gembira tak terungkap hanya Allah saja yang tahu!
Persiapan..
Nak siap apa?

Pertama..
Ilmu..ilmu tentang haji dan umrah dua- dua kena belajar betul-betul biar sampai hadam..senang nanti bila dah sampai sana nanti! Biar kenal mana satu rukun haji mana satu wajib haji. Rukun kalau tak buat tak sah haji wajib kalau tak mampu buat boleh upah!.

Persiapan untuk bekalan..
Duit..bawa jelah berapa yang ada dan mampu tapi jangan lupa siapkan untuk bayar dam kepada pihak TH semasa di Makkah nanti.

Pakaian..
Bawa lah sekurang-kurangnya 5 pasang(tak cukup boleh beli kat makkah dan madinah). Pastikan bawa baju yang dibuat dari kain yang jenis tak keronyok sebab iron tak disediakan.

Makanan...
Pengalaman akak tahun lepas..Alhamdulillah bab makan tak usah risau cuma kalau boleh bawa makanan dalam tin..sambal ikan bilis biar banyak semua ni boleh disimpan dalam peti ais dekat hotel.

Ubat..
Tak payah nak sibuk-sibuk fikir apa nak dibawa..klinik dekat hotel ada sakit pergi je nak ubat apa semua ada..cuma nak pesan bawa panadol Soluble balik je dari buat umrah rendam sebiji minum untuk buang panas dalam badan..biji selasih kalau rajin bawa kat sana nanti rendam dan minum untuk sejukkan badan.

Nanti akak sambung lagi..


Tiada ulasan: