Selasa, 10 Januari 2017

TAHNIAH MOHD.FAIZ SUBRI.







"Bagaikan mimpi!" Demikian ungkapan dilafazkan Subri Kader, apabila ditanya perasaannya sebaik saja nama anaknya, Mohd. Faiz diumumkan sebagai penerima anugerah Puskas FIFA di Zurich, Switzerland, awal pagi tadi.

Menurutnya, semasa menantikan keputusan itu diumum, dia sebenarnya berdepan debaran paling besar dalam hidup yang tidak pernah dirasai selama ini.

"Apabila mendengar dia menyebut nama saya ketika berucap, saya berasa amat bersyukur. Segala usaha saya ke sana dan ke mari 'mengusungnya' bermain bola sepak sejak kecil terasa berbaloi," katanya.

Kemenangan Mohd. Faiz itu disambut meriah sorakan kira-kira 300 penduduk kampung dan peminat yang menonton siaran langsung anugerah tersebut menerusi layar gergasi di perkarangan rumahnya di Kampung Tok Kepak, Ayer Hitam, dekat sini.



Tiada ulasan: